16 Januari 2026 - Jumaat [26 Rejab 1447H]
Hari ini genap dua tahun persaraan salah seorang kakak di tempat kerjaku. Alhamdulillah, beliau masih diberikan kesihatan yang baik, seperti katanya sambil berseloroh,. 'Sihat cara orang tualah'.
Bukan mudah untuk aku melupakan perjalanan kerja bersamanya. Banyak sisi baik dan buruk diriku yang beliau tahu, banyak cerita yang aku kongsikan terutama — saat aku berada di titik paling rendah dalam hidup. Dalam diam, beliaulah yang paling banyak mendengar dan tidak jemu menasihati aku.
BuatMu kak Zai..
SELAMAT HARI LAHIR buatmu kak Zai..
Happy Birthday to you..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat dan berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Kini.. masing-masing tenggelam dalam rutin harian sendiri, hingga sedikit sukar untuk aku bertemu dengannya. Dalam kesibukan itu, rasa rindu pada beliau kerap hadir tanpa dipinta.
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan dan ketenangan buat beliau. Terima kasih atas segala jasa, nasihat dan kehadiran yang pernah menjadi kekuatan dalam hidupku.
@RemajaPurba: Aku rindu..
@RemajaPurba: Aku rindu..
No comments:
Post a Comment