02 Januari 2026 - Jumaat [12 Rejab 1447H]
Hari pertama kembali bekerja. Di tempat kerja masih separuh bernyawa — kerana ramai masih bercuti. Aku..? Masa rehat sudah habis, realiti menanti di hadapan.
Aku belajar untuk bergerak mengikut alur, walau kadang aku turut melawan arus. Bukan kerana aku kuat tapi kerana aku memilih untuk terus bertahan. Aku masih di sini — tahun bertukar ganti, aku masih belajar berjalan dengan diri sendiri.
12 Bab baru terbuka..
365 peluang menanti..
Tahun berputar tanpa menunggu sesiapa..
Jam pula tidak pernah berhenti..
PELUANG DATANG — bukan untuk yang sempurna tapi untuk yang masih bertahan
@RemajaPurba: Jumaat pertama dalam tahun 2026.
Happy new year.
ReplyDeleteSemoga dipermudah segala urusan mendatang.
ReplyDelete