Followers Remaja Purba

Thursday, January 8, 2026

[8] ATM MASIH DIPERLUKAN


08 Januari 2026 - Khamis [18 Rejab 1447H]

Teknologi boleh memudahkan hidup tapi nilai sesuatu tak sepatutnya hilang hanya sebab kita jarang memandang ke arah ATM.

Aku tak nak ulas panjang pasal kes yang berlaku melibatkan ATM ni, cuma sejak semua benda dah beralih kepada QR, memang jarang aku jejak ke situ. Sekarang ni apa-apa urusan boleh online. Guna kad pun untuk scan QR je — [buat muka berlagak sikit].. konon canggih.

Tapi ada masa tertentu ATM tetap kena guna juga. Contohnya bila nak bagi anak duit belanja sekolah. Kalau tak pergi ke ATM, silap-silap warna duit pun budak-budak sekarang tak kenal. Cikgu Matematik pun boleh pening nak ajar bab 'wang' sebab ada yang masih terkial-kial kira duit syiling. Nak guna ATM lain pula, kena pow singgit. Jadi, sekarang — pergi ATM sebulan sekali sudah.


Bila sebut ATM, dalam cerita ini:

ATM bukan Angkatan Tentera Malaysia
tetapi..
ATM ialah Auto Teller Machine


Zaman boleh berubah, cara hidup boleh jadi makin ringkas tapi ada benda yang tetap tak boleh diganti sepenuhnya. Selagi tangan masih hulur duit pada anak, selagi itu ATM tetap ada gunanya — walau cuma sebulan sekali.

@RemajaPurba: QR Pembunuh ATM..

2 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...