Followers Remaja Purba

Friday, February 6, 2026

AKU TIDAK KUAT CUMA MASIH BERDIRI


06 Februari 2026 - Jumaat [18 Syaaban 1447]

Hari ini..
Jumaat pertama dalam bulan Februari. Aku kembali ditemani Mr. Black ke tempat kerja setelah masalah dalaman Mr. Black selesai dilakukan pihak berkenaan.

Sepanjang tempoh itu, aku menumpang salah seorang akak yang bekerja satu tempat denganku — kak Anis untuk pergi dan balik kerja bersama beliau. Syukur Alhamdulillah.. ika tidak, runsing memikirkan bagaimana hendak ke tempat kerja. cikPutih pula sudah menginjak usia purba, aku tidak berani mengambil risiko membawanya. Takut ia meragam dan rosak di tengah jalan.

Hari ketiga, kak Anis memberi sedikit duit belanja. Allahuakbar.. aku yang serba salah, malu, namun dalam keadaan aku sekarang, dia lebih memahami tanpa perlu aku jelaskan apa-apa.


Buatmu Kak Anis..
Moga rezeki akak dan keluarga mencurah-curah seperti air zamzam yang mengalir tanpa henti. Moga dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dan rutin seharian oleh-Nya.

Buat diri aku sendiri..
Moga mentalku terus kuat dan tidak retak..
Moga perasaan benci ini dijauhkan daripada terus menguasai hati..
Dan moga setiap rutin harian aku dipermudahkan oleh-Nya.


Ada luka yang sembuh bukan kerana masa tapi kerana kita berhenti melawan diri sendiri.

Ada perkara yang aku lepaskan bukan kerana reda sepenuhnya tapi kerana aku sudah terlalu penat untuk berharap.


Tiada yang berubah secara ketara — cuma aku belajar untuk tidak lagi mengharapkan apa-apa.

 #RemajaPurba: ..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...