REMBAYUNG..
Aku dapat slot tempahan di Rembayung?
Sekadar mencuba, memeriahkan suasana dalam sistem booking.
Tempahan restoran Rembayung oleh Khairul Aming (KA) dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi UMAI. Slot dibuka setiap hari jam 9 malam (kecuali Jumaat) untuk 2 minggu dan 2 hari ke depan.
Namun, itu bukan perkara yang ingin aku kongsikan.
Ada satu komen yang mengajukan soalan kepada KA dan soalan tersebut telah pun dijawab oleh KA sendiri. Apa yang menjadikan ruang komen itu hidup, bila netizen mula berkumpul, seolah-olah seia sekata membentuk satu rantaian komen yang bersambung.
Dia nilah punca ruang komen berubah kepada semangat patriotik.
Komen yang dimulakan dengan 'Terpaling Pakar IT Pakar Ekonomi'
Aku percaya, bukan aku seorang yang baca tapi sebaliknya turut menyanyi.
Bijak dan kreatif cara orang Malaysia menoktahkan perkara yang tak best.
Rantaian komen macam inilah yang sebenarnya kita perlukan — barulah hidup terasa lebih ringan, tak serabut memikirkan hal-hal yang bukan pun kerja kita.
Sekurang-kurangnya KA dah pun menjawab soalan dia.
==========================
Semangat patriotik telah menguasai diri..
dari [SINI]
Komposer: Pak Ngah Suhaimi
Lirik: Siso
Tajuk Lagu: KERANAMU MALAYSIA
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai.
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya.
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua.. pasti merasa bangga.
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara.
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara.
[ulang dari mula]
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia.....
Terima kasih Malaysia!
KA dah tentu punya pasukan profesional untuk menguruskan perniagaan F&B dia. Lengkap dengan perancangan dari A sampai Z.
Pastinya KA akan terus menambah baik perniagaan melalui maklum balas pelanggan — iaitu netizen yang membuat tempahan dan makan di Rembayung. Continuous improvement memang perlu dan KA tahu apa yang terbaik untuk team dia. Yang terpaling ni pula.. biasalah.
Sedangkan sistem Maybank pun pernah 'down' masa hari gaji — rilekslah. Tak semua benda perlu berjalan smooth setiap masa. Banyak lagi masa untuk buat tempahan, bukannya Rembayung tu nak dirobohkan pun. Atau ada netizen yang memang nak kejar perhatian di media sosial sebab nak jadi orang terawal makan situ? Itu.. biasalah.
#RemajaPurba: - sumber gambar dan video dari en. Google -

No comments:
Post a Comment