Followers Remaja Purba

Wednesday, February 18, 2026

BANJIR KETIKA TAHUN BARU CINA


17 Februari 2026 - Selasa [29 Syaaban 1447H]

Hujan..
Malam Isnin hujan turun sangat lebat — cukup merisaukan jika berlarutan sehingga pagi. Alhamdulillah.. hujan berhenti seketika malam tu. Awal pagi hujan kembali turun dan berterusan hingga ke pagi. Walaupun dah tak selebat sebelumnya tapi bila berterusan, beberapa kawasan mula dinaiki air bila parit penuh dan melimpah keluar.

Kejadian kali pertama di [SINI]..

Jika air mula melimpah keluar, bersedialah kami semua menghadapi kemungkinan.

Dating berdua pun dalam kereta..


Aku..?
Satu je yang bermain di fikiran, jika air dari kawasan kebun kelapa sawit di sebelah taman aku ni melimpah masuk ke kawasan perumahan, aku kena bersedia apa yang patut, sebab pengalaman sebelum ini, ada rumah yang dinaiki air. Aku bersyukur hari ini cuti umum, sekurang-kurangnya tidak perlu berdepan jalan yang dinaiki air.

Tak cukup dengan banjir, sekitar pukul satu petang bekalan elektrik pula terputus hampir tiga jam. Mujur cuaca masih mendung, jadi bahang panas tidak begitu terasa. Makan tengah hari pun kami duduk depan pintu rumah takut tercekik tulang.


Dalam masa yang sama, dak Nuha pula nampaknya semakin baik berbanding Ahad lepas. Dua malam aku temankan dia tidur lagaknya macam menjaga baby, risau kalau dia merengek tak selesa waktu tidur. Sudahnya, aku yang tak lena. Dia elok je tidur, lasak pulak tu. Aku syak dia demam mungkin sebab gigi geraham bongsu yang nak tumbuh. Dia pelik, kenapa kena sampai demam pulak? Aku cuma senyum dan jawab, 'Lain orang lain antibodi dia'.


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 buat semua yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan limpahan rezeki kepada anda sekeluarga.

#RemajaPurba: ..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...