Followers Remaja Purba

Tuesday, February 10, 2026

TAK SEMUA PERLU DISAPA



'Ada masa, diam bukan kerana sombong — tapi kerana aku sudah belajar, bertanya pun boleh melukakan diri sendiri'.


Baru-baru ni aku menghadiri satu majlis di tempat kerjaku. Kebetulan di barisan belakang aku ada salah seorang yang terlibat dalam insiden di [SINI]. Selama ini aku memang tak pernah bersembang atau bertanya khabar dengan dia. Kalau berselisih, aku sekadar ucap, 'hai kak..' Dia nak jawab atau tidak, aku tak ambil hati — aku sedia maklum dengan perangainya.


Aku sendiri tak tahu apa yang merasuk fikiran aku hari itu, sampai tergerak untuk bertanya khabar pada dia yang akhirnya buat aku terkedu. Aku sebenarnya terlupa — tentang kejadian yang berlaku pada dia.

'Akak sihat hari ni?' Nada aku biasa saja tanpa maksud apa-apa.
'Kau nampak aku tak sihat ke..?!' Jawapan dia buat aku terdiam.

Di situ aku sudah mula nampak isyarat bahaya. Dalam keadaan cuba menutup malu, aku jawab..
'Apalah akak ni.. orang tanya sihat ke tak, akak jawablah Alhamdulillah..'
Dia balas dengan — angkat tangan sambil berkata, 'Apalah..'. Aku terus pusing pandang ke depan. Tak berpaling ke belakang langsung sampai majlis tamat. Takut kena marah.. hahaha..


Pengarah di tempat dia berpesan, jangan sesiapa tegur dia kerana tak nak bagi dia trigger sebab dia ni sukar nak dijangka apa yang akan dia buat. Fikir balik, kalau berlaku sentuhan fizikal waktu itu, entah jadi apa. Aku bukan takut — aku cuma hormat sebab dia lebih purba dari aku dan kalau dia bertindak di luar kawalan, aku sendiri tak sanggup bayangkan kesannya. Dia tak 'bahaya' jika tiada yang provoke.. itu je.


Sejak kejadian itu, aku cuba untuk tidak lagi bertanya pada sesiapa di tempat kerja — 'Awak sihat..?' atau 'Awak ok ke hari ni?' Tak mahu! Tak sanggup. Takut kena sembur. Waktu kejadian itu pun, aku sudah cukup menanggung malu seorang diri.


Aku teringat, sebelum ini pernah juga berlaku perkara hampir sama. Aku cuma bertanya, 'Awak ok hari ni?' Ada kisahnya di [SINI]. Bila jawapan yang diterima mengejutkan aku, saat itu aku memang sudah berjanji pada diri sendiri — C.U.K.U.P.


Dua soalan.
Dua situasi berbeza.

Tapi impaknya sama besar dalam diri aku.
Dua soalan ini takkan lagi keluar dari mulut aku buat orang seperti mereka.
T.I.T.I.K


Sumpah aku benci bila teringat semula — seolah-olah aku ni nak sangat ambil tahu tentang hidup orang lain. Sedangkan niat aku cuma berbasa-basi, sekadar beradab.

Maafkanlah aku, mungkin sebab aku ni tak pandai berbual. Kalau kehadiran aku merimaskan, tak mengapa. Jangan risau — lepas ini aku takkan lagi bertanya khabar dan aku juga takkan ambil peduli, walau kau berada betul-betul dekat dengan aku.


#RemajaPurba: sama seperti di [SINI]..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...