19 Februari 2026 - Khamis [01 Ramadan 1447H]
Kali pertama aku cuba mengikuti resipi daripada Khairul Aming (KA), pejam celik rupanya sudah masuk tahun ke-9. Tak sangka perjalanan belajar memasak dengan 'silibus' KA ni dah sejauh itu.
Tahun lepas, antara tahun paling mencabar. Ramai yang 'gagal' kerana tidak berjaya mengikut silibus yang diajar, sampai KA sendiri pening kepala melayan kerenah para 'student'nya. Ada yang hangit, ada yang terlebih bahan, ada juga yang tersalah teknik — memang macam-macam ragam yang mencuit hati.
Namun itulah seronoknya proses belajar. Walau ada yang tersasar, pengalaman itulah yang buat kita lebih faham dan lebih mahir untuk percubaan seterusnya. Serius tahun lepas memang happening. Macam mana pulak tahun ni..?
'What’s up, guys?'.
'Sesi pembelajaran akan bermula. Moga dapur students tak terbakar tahun ni'
dari [SINI]
Mari kita tengok apa resipi pada hari pertama bagi bulan puasa 2026.
Resipi untuk 1 Ramadan 1447H
Sardin Tumis Bersantan dan Nasi Goreng Cili Kering
dari [SINI]

Sardin Tumis Bersantan

Nasi Goreng Cili Kering
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Puding Karamel
dari [SINI]
Kali ini KA buat R&D semula resipi puding caramel ini sebab tahun lepas ramai yang gagal.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LIMA Menu Air Berbuka:
Longan Kurma Merah, Watermelon Jasmine, Soda Herbs Kasturi, Infused Water dan Es Jeruk
dari [SINI]
LIMA Menu Air Berbuka:
Longan Kurma Merah, Watermelon Jasmine, Soda Herbs Kasturi, Infused Water dan Es Jeruk
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ayam Pop
dari [SINI]
Ayam Pop
Bila baca komen-komen dari student KA, sumpah kelakar. Aku tak rasa ramai yang graduate tahun ni, itu belum lagi kena repeat paper, termasuklah #KetuaDarjah2026 - Pak Nil di [SINI].. 'Macam mana nak buat 30 resepi ni? Satu pun dah ahzab!' — punya laju silibus KA tahun ni.




No comments:
Post a Comment