Sunday, February 15, 2026

OBJEKTIF PENGANJURAN COOL DAY


13 Februari 2026 - Jumaat [25 Syaaban 1447H]

Di dalam entry aku di [SINI], aku ada menyebut tentang 'COOL DAY'.

Dalam kesibukan menyiapkan tugasan dan mengejar tarikh akhir, ada waktunya kita perlukan sesuatu yang segar — supaya dapat mengimbangi tekanan yang datang tanpa henti. Di tempat kerja aku, program 'COOL DAY' ini akan diadakan sebanyak empat kali setahun.

Penganjurannya bukan sekadar suka-suka tetapi dirancang berdasarkan objektif yang jelas dan tersusun. Ini bukan bermakna kerja semakin berkurang tapi pada hari itu, kami dibenarkan bekerja dengan lebih tenang — tanpa tekanan tambahan yang kadang-kadang tercipta daripada sistem itu sendiri.


OBJEKTIF PENGANJURAN COOL DAY:

PENGANJURAN COOL DAY ADALAH BERTUJUAN UNTUK;
  • Memberi peluang kepada warga kerja melaksanakan aktivit-aktiviti yang tidak dapat dijalankan berikutan jadual rasmi yang padat, khususnya yang melibatkan mesyuarat.
  • Mengeratkan hubungan antara pihak Pengurusan dan kakitangan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang program berlangsung.
  • Memberi ruang dan masa kepada kakitangan untuk menyelesaikan tugasan atau kerja-kerja sendiri yang dapat meningkatkan produktiviti individu.
  • Memberi peluang kepada kelab berkaitan termasuk Kelab Sukan untuk menggunakan hari tersebut bagi melaksanakan aktiviti yang melibatkan warga kerja.


ETIKA BERPAKAIAN:
  • Smart Casual.
  • Semua kakitangan dibenarkan memakai t-shirt rasmi organisasi bersama seluar yang bersesuaian.
  • Pemakaian jeans, legging, jogger pants dan pakaian yang tidak menepati garis panduan adalah tidak dibenarkan bagi memastikan keseimbangan antara keselesaan dan kesesuaian sepanjang aktiviti dijalankan.


#RemajaPurba: Cool Day ini mungkin kecil pada nama tapi besar pada maknanya

2 comments:

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...