03 Februari 2026 - Selasa [15 Syaaban 1447H]
Orang lain dah puas update pasal konsert BTS, aku pulak baru nak mula.
'Sedar-sedarlah, awak tu bukannya muda lagi'.
Itulah kata-kata En. Hubby bila aku bercerita tentang konsert BTS, di mana salah satu persinggahannya nanti di Malaysia.
'Kalau nak pergi konsert tu, haa.. pergilah.. abang tak nak ikut, abang hantar je tapi balik sendiri'.
comel pulak tengok dia menari ikut lagu BTS
Konsert BTS di Malaysia pada 12 dan 13 Disember 2026
Aku minat BTS ni tapi bukan sampai tahap taksub. Cukuplah sekadar nak nikmati muzik mereka, tengok persembahan mereka dan simpan memori manis tu untuk diri sendiri. Bila tengok semua update pasal BTS, rasa teruja tu memang ada tapi aku tahu batas diri — komitmen bulanan lagi tinggi daripada sekeping dua tiket nak pergi konsert BTS itu nanti.
- BTS -
Persembahan comeback BTS di Dataran Gwanghwamun, Seoul akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia di Netflix pada 21 Mac 2026.
21 Mac 2026 — 1 Syawal 1447H
#RemajaPurba: - sumber gambar dan video dari en. Google -



No comments:
Post a Comment