08 Februari 2026 - Ahad [20 Syaaban 1447H]
Kadang-kadang diam itu bukan kerana tak mampu membalas tapi kerana tak semua kenyataan layak dijawab — tahu bila perlu bersuara dan tahu bila lebih baik membiarkan orang terus bercakap dengan kefahaman mereka sendiri. Tak semua perdebatan perlu dimenangi dan tidak semua ego perlu dilayan. Sebagai contoh threads ini..
Kepada perempuan..
Kalau nak cari jodoh, tolong post bareface sekali okay?
Takdelah bakal suami tu rasa tertipu.
Kepada lelaki..
Kalau nak cari jodoh, tolong post payslip, PTPTN, CTRIS and CTOS sekali okay?
Takdelah bakal isteri tanggung biawak hidup.
Dia ingat perempuan ni tak mampu nak balas kenyataan dia kot. Maaflah, zaman sekarang ramai perempuan yang bijak dan realistik. Bila perempuan reply komen macam tu, kenapa ada lelaki yang sentap?
Sebab sebenarnya kau sendiri belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Siapa yang nak berkahwin dengan lelaki yang belum mampu menyediakan keperluan asas tapi ego setinggi langit? Bukan semua perempuan mata duitan tapi kewangan adalah satu bentuk keselamatan — jaminan supaya hidup tak terseksa kerana terpaksa menanggung biawak hidup.
Seorang suami yang cukup sifat, muda dan kuat, malah belum capai tahap Osteoporosis, dah elok bekerja ada pendapatan tetap, mengambil risiko berhenti kerja dan berniaga yang hasilnya tak seberapa. Bila ditegur sentap, play victim, acah-acah terpaling mangsa. Bila dah terbiasa isteri bantu, suami takes responsibility for granted. Ini bukan lagi 50-50 tapi.. Kalau kenyataan ini terasa pedih, bukan sebab nak menghina — tapi memang tepat mengenai sasaran.
#RemajaPurba: Dia cuit orang boleh.. orang cuit balik, merentan pulak.

No comments:
Post a Comment