Followers Remaja Purba

Monday, January 5, 2026

[5] TENGOK CERMIN — AKU VERSI YANG MANA?


05 Januari 2026 - Isnin [15 Rejab 1447H]


Aku kena pergi kerja sebab..
Terlalu naif untuk jadi scammer..
Terlanjur tua untuk jadi selebriti..
Terlalu kendur untuk jadi sugarbaby..

Terus tengok cermin — aku versi yang mana?


Jadi.. aku teruskan juga rutin harian bukan kerana pilihan lain tak ada tapi kerana pilihan ini yang aku pilih. Pilihan untuk kekal waras dalam dunia nyata serta pilihan untuk penat yang halal daripada senang yang meragukan.


Versi yang bangun pagi dengan mata sembap.
Versi yang tak viral tapi tahu erti tanggungjawab.
Versi yang tak dipuja ramai tapi jujur pada diri sendiri.


Kenalah kerja..
Kita tak ada bakat kikis duit jantan..

'Baguslah sedar diri  itulah yang terbaik'.


Bila orang lain cuba tunjuk gemerlap, aku tetap dengan versi sederhana. Versi yang mungkin tak dipandang tapi tenang bila meletakkan kepala di bantal. Kerja aku ini bukan glamour tapi ia buat aku berdiri teguh tanpa tipu daya dan setiap kali lelah menimpa, aku ingat — sekurang-kurangnya aku tak hilang diri dan keringat.


#RemajaPurba: Dah terlambat sebab dah expired.

4 comments:

  1. Kalau kita versi nak nampak tenang-tenang tu yang payah sebenarnya. Apapun semoga kita sentiasa tak mudah lupa diri. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Bakat boleh diasah....
    Eh? hahahhaha

    ReplyDelete
  3. Kerja utk teruskn hidup di dunia yg fana.
    Nak taknak terpaksa kurelakan jua

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...