10 Januari 2026 - Sabtu [20 Rejab 1447H]
Lewat petang..
Selepas selesai mengemas semua barang ke dalam kereta, kami terus bergerak ke selatan untuk menghantar dak Adik. Alhamdulillah, perjalanan lancar — jalan tak sesak dan tak ada adegan air mata.
Kami selamat tiba sekitar jam 9 malam di rumah makBusu aku. Rehat sekejap sebelum meneruskan kembali perjalanan pulang. Kami memang tak bermalam kerana dak Jasmine tinggal di rumah.
Awal pagi, kami selamat sampai di rumah. Dak Jasmine sudah sedia menunggu di depan pintu — mungkin berkata.. 'Lega.. ibu dah balik, Aku ingat aku kena tinggal'.
==========================================
21 Januari 2026 - Ahad [21 Rejab 1447H]
Hari ini..
Bermulalah kehidupan dak Nuha sebagai 'anak tunggal' di rumah sehinggalah dak Kakak dan dak Adik pulang bercuti nanti. Aku pun sama — rumah terasa sunyi, tak cukup korum tapi bila sampai bab bergosip, jemari ni laju saja menaip, bercerita panjang dengan anak-anak.
Melayan dak Nuha menonton filem 'Magik Rompak'. Aku tak nak ulas tentang filem ni sebab sambil tonton sambil edit entry blog, maka terhasillah entry ini.
Apa-apapun, selamat berehat buat semua dan esok rutin melayan kerenah anak-anak kembali ke sekolah bermula. Buat ibu-ibu bertabahlah melayan adegan airmata anak-anak.
@RemajaPurba: ..
Dah bermula dah sesi persekolahan tahun ni. Semoga terus dipermudahkan semuanya. Aamiin
ReplyDeleteMasing2 dah kembali ke rutin asal dah selepas habis cuti.
ReplyDelete