Followers Remaja Purba

Friday, July 11, 2025

PERKHABARAN DUKA


10 Julai 2025 - Khamis (14 Muharram 1447H)

Ketika mereka yang lain mengambil peluang Work From Home (WFH) disebabkan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) bermula 8 hingga 11 Julai 2025, aku tetap seperti biasa, hadir ke tempat kerja, Ini kerana laluan penutupan dan lencongan yang dibuat oleh pihak berkuasa tidak menjejaskan aku untuk sampai ke tempat kerja.

'Integriti..'
Andai kerja kita memang tak boleh dibawa balik, jadi mengapa perlu ambil kesempatan hanya kerana orang lain berbuat demikian? 

Aku..?
Kebanyakkan tugas aku memang perlu diselesaikan di tempat kerja, bukan di rumah dan sebabnya ada di [SINI]. Sekurang-kurangnya itu juga menjadi jawapan kepada mereka yang bertanya, 'Kenapa kau tak WFH je?'.

Petang..
Bila migrain datang menggila, buatkan kerja menjadi serba tidak kena. Akhirnya aku mohon kebenaran half day, terpaksa berjumpa dengan doktor dan diberikan cuti sakit. Dengan faktor usia yang menginjak Purba ini - Jika sakit, ambil cuti sakit. Tak perlu nak pentingkan kerja itu berbanding kesihatan diri sendiri seperti di [SINI].
Di rumah..
En. Hubby mengambil alih bekerja dari dapur. Sesekali dapat dimanjakan, nikmat apalagi yang kau nak dustakan Mak Budak. Ini juga rezeki.. Alhamdulillah.. dalam sakit dapat makan sedap.

Ikan siakap
Hasil tangkapan en. Hubby memancing minggu lepas

Cili kering yang telah siap dikisar


Resepi..?
Campak-campak je siap..
ASAM PEDAS SIAKAP
by ChefHubby

Alhamdulillah.. rezeki ini kami kongsikan juga kepada atok saudara yang selang dua pintu dari rumah kami. 

====================================

11 Julai 2025 - Jumaat (15 Muharram 1447H)

Hari ini aku berehat di rumah kerana cuti sakit yang diberikan oleh doktor petang semalam. Dalam tak sabar menantikan kepulangan dak Kakak, en. Hubby mendapat perkhabaran duka, ayah kepada salah seorang kawan baik beliau telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Ketika ini en. Hubby turut berada di sana sebagai penghormatan terakhir dan akan turut sama sehingga selesai urusan berkaitan.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah

@RemajaPurba; Buat dak Emy.. salam takziah dari kami..

1 comment:

  1. innalillahiwainnarojium takziah buat ahli keluarga beliau.....take care aiza....moga kembali sembuh...sedap asam pedas....

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...