23 Julai 2025 - Rabu (27 Muharram 1447H)
SELAMAT HARI LAHIR en. HUBBY..
Happy Birthday, sweetheart! 💘
Bertambah setahun lagi usiamu, en. Hubby.
Selamat hari lahir buat en. Hubby a.k.a chefHubby — suami yang pandai masak tapi lepas tu suruh Mak Budak kemas dapur.
Tua itu pasti.. Matang itu pilihan.
Walaupun uban dah mula menyinar.. walaupun semua password kena campur huruf kecil huruf besar, simbol dan nombor — tapi dengan awak juga ku nak tua nanti.
Terima kasih sebab terus bertahan dengan Mak Budak yang suka tidur lambat, banyak akal, dan moody ikut cuaca ni.
Buatmu en. Hubby..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga semua impianmu — terutama berkaitan isterimu ini — dipermudahkan dan dimakbulkanNYA satu-satu. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
No comments:
Post a Comment