20 Jun 2025 - Jumaat (23 Zulhijjah 1446H)
Lumrah dunia pekerjaan.
'Kita buat dengan ikhlas padaNYA'.
'Ikhlas tu betul tapi ini melibatkan kerja, dia kena buatlah'.
Aku cuba menahan diri dari menaip yang bukan², menambah dosa, jahanam jadinya. Ini pun cara Allah nak uji hati aku. Bukan dia yang diuji tapi aku yang teruji.
Work as if you've paid, expert nothing and never trust an employer's sweet promises.
Jangan letak harapan tinggi sangat, nanti jatuh kau juga yang sakit tetapi jika sakit, ambil cuti sakit. Tak perlu nak pentingkan kerja itu berbanding kesihatan diri. Jangan terlalu berbangga yang kau mampu bekerja ketika dalam keadaan tidak sihat. Jangan terlalu banyak mengorbankan diri sendiri untuk orang lain.
Boss memang menghargai mereka yang bekerja dengan baik tetapi beliau tidak akan menunjukkannya kepada kita secara langsung. Kita hanya akan sedar apabila tiba masanya. boss akan memilih kita atas kemajuan dan usaha kerja yang telah kita tunjukkan. Dapat boss sebegini, hargailah sebaiknya.
@RemjaPurba: Kita dianugerahkan dengan akal, gunakanlah sebaiknya.
No comments:
Post a Comment