17 Julai 2025 - Khamis (21 Muharram 1447H)
Update Blog
Antara orang yang ada disekeliling kau, siapakah tiga orang yang paling kau sayang?
Soalan tu kedengaran senang je. Otak terus ligat berfikir dan pantas memberikan jawapan.
'Mak, ayah, anak'. 'Hubby, adik, kawan baik'. Jawapan macam tu biasa takde salah pun tapi pernah tak kita fikir — kenapa nama sendiri tak termasuk dalam senarai itu?
Mungkin sebab kita rasa belum cukup baik atau takut dikata pentingkan diri. Sedangkan hakikatnya, sayang diri sendiri itu bukan bermaksud kita lupakan orang lain. Ia cuma tanda kita sedar — diri kita pun ada nilai, ada hak untuk disayangi. Bila kita sayang diri sendiri, kita mula jaga emosi. Kita tahu bila nak berehat. Kita berani kata 'tidak' bila perlu. Kita tahu had dan kita tak lagi salahkan diri untuk semua perkara.
Jadi.. lain kali bila ada yang bertanya, cuba jawab.. 'Mak, ayah dan aku sendiri' sebab — diri kamu pun layak masuk dalam senarai tu.
Diri sendiri jangan dilupa, kerana yang menanggung luka — dia juga..
@RemajaPurba: Letih sangat hari ni..
No comments:
Post a Comment