Followers Remaja Purba

Saturday, July 12, 2025

Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya


12 Julai 2025 - Sabtu (16 Muharram 1447H)

Betullah.. aku tengah hadapi writer’s block, tak tahu nk tulis apa. dan disebabkan perasaan itu buatkan entry ini terperam lama. Aku bagi ruang satu-satu sebab idea tak akan hilang cuma perlukan giliran untuk dilayan; yang penting, jangan paksa semua jadi serentak seperti entry aku di [SINI]

Bulan lepas lagi sebenarnya tapi baru hari ini aku dapat join segmen blogger dak Pha Is a.k.a Hikayat Budak Pening. Seorang blogger lama dan aku kenal dari sebelum dia kahwin lagi (dalam dunia blog jelah). Tapi dak Pha Is bagitahu siap-siap, segmen ni tak ada hadiah. Sekadar suka-suka je. Bonus point bagi blogger yang tengah hadapi writer’s block, tak tahu nk tulis apa. Kadang-kadang, kita tak perlukan hadiah pun — cukup ada idea fresh, semangat pun boleh datang balik.

Serius, idea ini unik dan agak kelakar, blog aku dinilai oleh AI (Artificial Intelligence) dan bila baca rumusan dari AI itu, senyum sorang-sorang dibuatnya. Aku sedar blog aku mungkin tak sehebat blog orang lain tapi di sinilah ruang aku berkongsi rasa dan menyimpan kenangan yang terlalu banyak maknanya. 


Buat yang berminat nak join, boleh klik di [SINI]



Berikut adalah rumusan ringkas (100 patah perkataan) mengenai blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba dan penulisnya:

Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba, ditulis oleh aizamia3, telah aktif sejak 2009, berkongsi catatan harian yang jujur dan penuh keikhlasan. Entri terkini merangkumi pengalaman keluarga, dilema keputusan anak (UPU), dan perkembangan semasa tanpa menonjolkan gaya penulisan yang berlebihan. Aizamia3 menggunakan blog ini sebagai ruang luahan hati, mencoretkan kenangan pahit-manis serta suntikan doa dan harapan untuk anak-anaknya. Nada santai dan mesra pembaca menjelmakan suasana seperti perbualan dengan sahabat lama. Dengan nada terbuka, penulis berkongsi pengalaman kehidupan, keluarga, serta refleksi diri – menjadikan blog ini sebagai sempadan antara terapi diri dan komuniti maya.

Pandai ChatGPT beli jiwa aku hingga tertarik nak join segmen ini


Terima kasih kepada dak Pha Is kerana menganjurkan segmen ini dan.. kadang-kadang kita perlu tengok karya kita dari sudut lain supaya lebih menghargai apa yang telah kita tulis selama ini.

@RemajaPurba: ...

2 comments:

  1. ChatGPT punya review memang yang baik² je

    ReplyDelete
  2. Best kan tanya chatgpt ni kemain dia beli jiwa kita komen murni2 je. Selalunya kalau takde idea menulis boleh tanya chatgpt nanti dia list panjang berjela tajuk2 entry yang kita boleh tulis.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...