18 Julai 2025 - Jumaat (22 Muharram 1447H)
Hampir seharian di luar menguruskan hal berkaitan anak-anak — memang mudah rasa 'habis bateri'. Bila bayangkan andai aku bekerja setengah hari, memang tak sempat nak selesaikan semua urusan berkaitan. Jadi, jalan terbaik — mohon cuti rehat.
Pagi..
Bermula dengan urusan di tiga buah bank berbeza. Awalnya lancar tapi bila sampai di bank ketiga, terpaksa menunggu lama kerana hanya satu kaunter dibuka. Pinggang kembali terasa sakit, badan makin penat. Aku buat keputusan untuk balik dahulu, biar dak Kakak uruskan sendiri di kaunter. Lagipun, aku tak mahu dak Adik lewat ke masjid untuk solat Jumaat.
Tengahari..
Sementara dak Adik ke masjid, aku berehat sekejap sebelum bersiap untuk ke sekolah mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun dak Nuha.
Petang..
Urusan di sekolah sekejap saja. Aku memang tidak mahu ambil masa lama sebab tidak mahu ibu bapa yang menunggu giliran. Jika ada perkara penting, aku akan mesej gurunya kemudian. Nasihat dan bebelan? Kita sambung je di rumah. Selesai urusan di sekolah, barulah kami gerak membeli keperluan anak-anak.
Malam..
Dan sekarang.. bila nak pijak lantai pun rasa macam berjalan atas agar-agar. Kaki dah lenguh, badan rasa berat, pinggang makin tegang. Penat — sungguh penat tapi dalam letih macam ni pun, tetap curi masa nak update blog sekejap.
Biar badan letih tapi hati tetap kuat. Sebab aku tahu — semua ini untuk mereka yang aku sayang. Rehat sekejap malam ni, kumpul semula tenaga… esok kita sambung lagi.
Kadang kita penat bukan sebab banyak kerja, tapi sebab terlalu banyak peranan yang perlu kita mainkan dalam satu hari..
No comments:
Post a Comment