Followers Remaja Purba

Sunday, July 13, 2025

TAK SEMUA IDEA PERLU DITUAI TERUS


13 Julai 2025 - Ahad (17 Muharram 1447H)

Seronok betul bila jemari mula menari ikut rentak fikiran yang tak mahu berhenti. Rasa bebas bila menulis. Tak perlu topeng, tak perlu penilaian dan aku suka begini.. menulis dalam diam akhirnya siap satu entry. Aku menulis sebab inilah ruang yang buat aku rasa hidup. Tempat aku bercakap dengan diri sendiri tanpa gangguan. Selagi masih ada rasa yang tak mampu diluah dengan suara, aku akan terus menulis — walau cuma aku yang baca.

Bila terlalu banyak idea, mana yang patut kita kejar dahulu?
Otak dah penuh dengan idea — bersusun tunggu giliran, semua nampak penting. Tapi bagi aku, pilih yang buat kita rasa paling ‘hidup’, itulah yang patut diberi ruang dahulu. Tak ke mana pun idea tu, akan sampai masanya nanti.

Tak semua benda perlu selesai segera..
Tak semua idea perlu dituai terus. Kadang, belum tiba masanya. Menulis bagi aku bukan kerana soal jumlah pembaca atau pujian. Aku menulis sebab hendak beri ruang untuk rasa bercerita tanpa perlu dijelaskan semuanya. Semoga apa yang aku tulis ni boleh jadi tempat aku meluahkan rasa, macam dulu waktu kecil kita tulis dalam diari rahsia siapa tahu, mungkin ada juga yang rasa ditemani bila membacanya.

Mungkin tulisan ini bukan tentang aku saja tapi tentang kau yang pernah rasa benda yang sama, cuma tak sempat nak tulis.

@RemajaPurba: ...

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...