Followers Remaja Purba

Thursday, July 24, 2025

IKAN BAUNG SEBESAR BUDAK DARJAH ENAM


24 Julai 2025 - Khamis (28 Muharram 1447H)

Bayangkan ikan baung sebesar budak darjah enam — itulah hasil tangkapan kawan suami mySIL di kampung. Ikan tersebut dibawa balik ke rumah myFIL untuk dimasak tapi bila tengok ikan tersebut, terus kelu.. 'Ini nak siang guna pisau ke parang?'. Sudahnya, myFIL bawa ke kedai untuk disiang kerana di rumah tak cukup kelengkapan nak 'berperang' dengan ikan sebesar tu. Pisau dapur tengok pun terus minta cuti, silap-silap cuti sakit terus..!


Hasil tangkapan - Ikan Baung

Aku tak makan ikan baung, patin apatah lagi.


Ikan baung lagi besar dari myAnak Fruit yang berumur 12 tahun
'Eh! Ini ikan ke anak orang?'


Ikan baung ni memang macam ex yang aku tak nak jumpa balik—dari dulu sampai sekarang, memang aku tolak awal-awal, tak pernah bagi jejak dapur aku. Tapi.. dua minggu lepas, dak Kakak balik singgah rumah Atok dia. Atoknya siap bekalkan Ikan Baung Masak Ompok—katanya Uwan yang masak, banyak pulak tu. Sudahnya, en. Hubby dan anak-beranak je lah yang makan. 

Aku..?
Macam biasa, tarik diri awal-awal. Ikan baung dan ikan patin memang bukan geng tekak aku. Dari dulu, dua-dua spesies ikan ni memang tak pernah berjodoh dengan dapur aku.

@RemajaPurba: ..

7 comments:

  1. besarnya...ikan nie menggigit orang tak? ke ikan toman ye? dengar2 katanya kalau beso mcm nie bahaya...
    tp linda pun tak makan ikan baung, patin,

    ReplyDelete
  2. Besarnya! PH makan ikan baung cuma dah lama la tak jumpa...

    ReplyDelete
  3. Besarnya ikan tu camne nak siang tu.

    ReplyDelete
  4. Bawa ke kedai, mintak orang kedai siangkan baru bawak balik rumah masak

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...