Followers Remaja Purba

Saturday, July 12, 2025

OTAK PENUH DENGAN IDEA

 
12 Julai 2025 - Sabtu (16 Muharram 1447H)

Kadang-kadang aku rasa seronok sangat sebab otak penuh dengan idea. Terlalu penuh, sampai tak tahu nak mula yang mana satu dahulu. Adakah..
  • Nak update blog
  • Nak menulis
  • Nak tengok drama
  • Nak edit gambar
Semua benda terasa menarik. Semua benda terasa 'aku nak buat sekarang!'. Masalahnya.. badan cuma satu, tenaga pun ada had. Mata pun kadang minta rehat, tapi otak tak boleh diam.

Aku..?
Bagi ruang satu-satu sebab idea tak akan hilang cuma perlukan giliran untuk dilayan; yang penting, jangan paksa semua jadi serentak. 

“Kreativiti itu bukan tentang buat semua sekaligus.
Tapi tahu bila nak beri ruang, dan bila nak beri tumpuan.”
— untuk semua yang punya banyak idea, tapi satu badan 


====================================

— Kenangan yang tertinggal 

Penghujung Jun 2025 yang lepas..
Satu urusan penting akhirnya selesai. Nampak macam mudah je tapi hakikatnya, selagi belum sampai ke penerima yang betul, hati tetap rasa tak tenang.

sambungan dari [SINI]
Dokumen telah selamat sampai ke destinasi

Bila fikir balik, benda kecil macam ni pun boleh buat kepala menjadi ligat. Bukan sebab tak percaya orang lain tapi sebab aku tahu tanggungjawab tu di atas bahu aku. Kadang, benda yang orang nampak simple itulah yang ambil paling banyak ruang dalam fikiran tetapi bila dah selesai, Alhamdulillah dah boleh tarik nafas lega seketika. 


Kisah minggu lepas pula..
Kami makan tengahari di rumah mySIL dengan menu kari kambing yang dimasak oleh en. Hubby. Sambil santai berborak, dihidangkan pula dengan air coklat Belgium sejuk yang dibuat oleh mySIL. Memang layan habis.

Air coklat Belgium sejuk

Kadang kita tak perlukan hari yang sempurna pun. Cukup ada satu, dua perkara kecil yang buat kita rasa, 'aku masih di sini… dan aku masih cuba'. itupun dah cukup bermakna.

@Remaja Purba: Perlahan pun tak apa, asalkan masih bergerak.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...