Duka mengajar kita erti memberi..

23 Julai 2025 – Rabu (27 Muharram 1447H)
Pagi itu, kami dikejutkan dengan berita pemergian mengejut seorang jiran di taman kami. Difahamkan, arwah sempat menghadiri sesi latihan tenis di tempat kerja sebelum tiba-tiba rebah, lalu dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke zon merah namun selepas beberapa usaha rawatan dilakukan, arwah tidak dapat diselamatkan. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Urusan pengebumian dijalankan selepas Maghrib hari yang sama, sebaik selesai proses post-mortem di hospital. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Atas cadangan dari jiran dan dipersetujui oleh keluarga arwah, urusan memasak untuk sedekah ke masjid diadakan di rumah kami. [Ini merupakan kali ketiga rumah kami dijadikan lokasi memasak bagi urusan sebegini].
En. Hubby...?
'Daripada angkut barang pergi rumah arwah, baik kita masak terus kat rumah sendiri. Lagi senang, tak susahkan tuan rumah'.
Aku...?
Ok je.. lebih mudah, sekurang-kurangnya kita bantu mudahkan urusan mereka yang tengah berduka.
Malamnya..
Kami keluar makan malam — meraikan ulang tahun kelahiran en. Hubby di [SINI]. Hanya makan malam yang sederhana sahaja, berempat tanpa dak Kakak yang tiada bersama. bukan tak nak bergembira tapi rasa kurang sesuai bila ada insan lain sedang diuji dengan kehilangan.
========================================
24 Julai 2025 – Khamis (28 Muharram 1447H)

Malam semalam telah diadakan tahlil di masjid, jadi petang ini dan esok (dua hari berturut-turut), sesi memasak akan dijalankan di rumah kami untuk disedekahkan ke masjid.
========================================
25 Julai 2025 – Jumaat (29 Muharram 1447H)
Untuk semalam dan hari ini, aku tak berkesempatan untuk turut serta. En. Hubby dan team yang menguruskan. Aku tak dapat ambil cuti kerana minggu hadapan aku akan bercuti panjang.
Bila jiran dijemput pulang terlebih dahulu, kita yang tinggal ini sebenarnya sedang diberi peringatan — bahawa hidup ini cuma pinjaman dan setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepadaNYA. Tak mampu bantu dengan wang ringgit, kita bantu dengan tangan dan tenaga. Moga sedekah yang dihantar ini jadi cahaya buat arwah dan bekal untuk kita sendiri nanti.
Kematian mengajar kita tentang nilai masa dan sedekah mengajar kita tentang nilai keikhlasan. Dalam diam — kita sedang menabung untuk akhirat.. 🕊️
@RemajaPurba: Salam takziah buat keluargar arwah. Al-Fatihah..
betul tu...memudahkan urusan orang yang baru kehilangan kan..macam masa SA hilang mak tahun lepas...jiran- jiran yang banyak hulur bantuan
ReplyDeleteإِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeletesalam takziah buat keluarga arwah.. semoga diberikan kekuatan utk hadapi kehilangan ini. al fatihah buat arwah, moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aamiin
alhamdulillah..dpy jiran2 yg baik mcm ni..moga dipermudahkan semua urusan.
Alfatihah buat arwah, sedihnya mengejut sungguh....banyak pahala aiza dan jiran-jiran menolong meringankan beban keluarga arwah....dan tak lupa juga selamat hari ulangtahun buat hubby aiza.
ReplyDelete