-
TUKAR CARA CAKAP, BUKAN ISI
Kadang apa yang kita nak sampaikan itu dah betul, cuma cara kita salah. Cuba ubah — dari 'saya rasa cara tu tak sesuai..' — kepada 'kalau ikut cara ni, macam mana bos?' Masih maksud sama tapi lebih lembut, lebih selamat walaupun dalam hati dah terbakar sebenarnya. Nada, niat dan waktu amat memainkan peranan. -
JANGAN CEPAT BALAS BILA EMOSI TAK STABIL
Bila hati tengah panas, otak susah nak fikir positif.
Diam sekejap bukan kalah — kadang itu cara kita lindungi hubungan. -
BELAJAR LETAK JARAK, BUKAN ABAIKAN
Tak semua benda perlu dibereskan segera.
Ada masa, beri ruang itu lebih elok daripada terus berbalah.
SEDIAKAN BUKTI, BUKAN HARAPAN
Bos takkan percaya kalau kita cuma cakap 'rasa'. Jadi, kita kena simpan — contoh: printscreen, data atau apa sahaja yang boleh bantu buktikan point kita dan untuk menjaga diri kita jika satu hari kita mungkin dipersalahkan.CARI MASA YANG SESUAI
Dulu boleh main redah tapi sekarang kena belajar tengok timing. Kalau bos tengah marah, tengah rushing — jangan cakap. Simpan dulu, bila dah tenang, baru cuba buka mulut.
- JAGA DIRI SENDIRI, JANGAN SAMPAI ROSAK HATI
Bila semua dah tak menjadi, kita dah boleh mula letak satu sempadan: 'Aku buat ikut kemampuan, lebih dari itu bukan tanggungjawab aku lagi'.
Kalau perlu cuti — cuti.
Kalau perlu tarik diri dari benda yang menyakitkan — tarik dan jauhkan diri.
Ada beza antara orang yang betul dengan orang yang keras kepala — dan tak semua orang mahu belajar beza itu..
No comments:
Post a Comment