-
TUKAR CARA CAKAP, BUKAN ISI
Kadang apa yang kita nak sampaikan itu dah betul, cuma cara kita salah. Cuba ubah — dari 'saya rasa cara tu tak sesuai..' — kepada 'kalau ikut cara ni, macam mana bos?' Masih maksud sama tapi lebih lembut, lebih selamat walaupun dalam hati dah terbakar sebenarnya. Nada, niat dan waktu amat memainkan peranan. -
JANGAN CEPAT BALAS BILA EMOSI TAK STABIL
Bila hati tengah panas, otak susah nak fikir positif.
Diam sekejap bukan kalah — kadang itu cara kita lindungi hubungan. -
BELAJAR LETAK JARAK, BUKAN ABAIKAN
Tak semua benda perlu dibereskan segera.
Ada masa, beri ruang itu lebih elok daripada terus berbalah.
SEDIAKAN BUKTI, BUKAN HARAPAN
Bos takkan percaya kalau kita cuma cakap 'rasa'. Jadi, kita kena simpan — contoh: printscreen, data atau apa sahaja yang boleh bantu buktikan point kita dan untuk menjaga diri kita jika satu hari kita mungkin dipersalahkan.CARI MASA YANG SESUAI
Dulu boleh main redah tapi sekarang kena belajar tengok timing. Kalau bos tengah marah, tengah rushing — jangan cakap. Simpan dulu, bila dah tenang, baru cuba buka mulut.
- JAGA DIRI SENDIRI, JANGAN SAMPAI ROSAK HATI
Bila semua dah tak menjadi, kita dah boleh mula letak satu sempadan: 'Aku buat ikut kemampuan, lebih dari itu bukan tanggungjawab aku lagi'.
Kalau perlu cuti — cuti.
Kalau perlu tarik diri dari benda yang menyakitkan — tarik dan jauhkan diri.
Ada beza antara orang yang betul dengan orang yang keras kepala — dan tak semua orang mahu belajar beza itu..
Harap2 bos dapat baca entri ini.
ReplyDeleteKalau ada dan ada yang terasa, dialah agaknya kot tapi saya tak suka berkongsi kisah blog saya dengan mereka di tempat kerja. Mereka hanyalah rakan sekerja.
Deletekalau ada peluang, pindah department. pening jugak kalau dapat boss mcm ni....habis ikhtiar kena layankan aja kehendak beliau.....tp kita kena simpan segala bukti supaya tidak disalahkan kemudian hari
ReplyDeleteNak pulak jika dapat boss yang play victim, dia terpaling betul, kita yang salah.
DeleteYes,truly indeed!Kadang2 keja tak penat mana tapi melayan emosi manusia super hebat,terpaling maksum ni yang buat keja itu sgt memenatkan.
ReplyDeletebetul setujut sangat! tip2-tips tu mmg berguna bila perlu tempuh situasi dgn boss yg sentiasa betul ni
ReplyDeleteJANGAN CEPAT BALAS BILA EMOSI TAK STABIL = Yg ni uncle setuju sangat2
ReplyDeleteMemang berat mempunyai bos yang merasa diri tak pernah salah, Mbak.
ReplyDeleteTips menghadapi bos seperti yang Mbak tulis diatas sangat membantu mengatasi bos tersebut.
Salam,
Susah juga dapat bos macam ni. Kita yang terpaksa bertahan demi mencari rezeki.
ReplyDeleteAmmi bekerja dengan boss yang agak fussy. Dia sangat baik tapi jenis yg cerewet dan paranoid melampau. Pernah disebabkan paranoid dia yg melampau ammi yang terkena anxiety dan masa tulah ammi duduk sambil menangis cakap kat dia.... "either u or myself need to change".
ReplyDeleteSaya senang je, Kalau boss tak suka cara saya bekerja, boss boleh letak jawatan!
ReplyDelete