Followers Remaja Purba

Tuesday, April 30, 2024

Kau Bukan Seorang Introvert


Kenangan beraya..
Rasa awkward bila bertemu mereka yang lebih fokus kepada handphone di tangan. Hanya mengangkat muka bila kita bertanya. Eh! Kita ni bukan orang lain pun, saudara sendiri juga. Huh! Sedih..!

Introvert..?
Tak payah nak claim kata kau seorang introvert


- sumber en. X -

Budak-budak dulu masa raya akan all out main sampai pengsan, tidur makan bangun sambung main. 
Budak sekarang bangun, phone. Tengahari phone, petang ML. Malam scroll tiktok sampai lebam.
Dan lahirlah generasi self claim introvert yang tak tahu apa itu silaturrahim.


Aku..?
Rasa macam kurang ajar pula dok leka dengan handphone bila berkumpul dengan saudara-mara. Pada anak-anak selalu ku pesan 'Jangan leka dengan telefon. kita balik kampung nak jumpa atok, nenek, sedara-mara. Kalau nak main telefon duduk rumah, tak payah balik kampung beraya'.

#RemajaPurba: ...

Sunday, April 28, 2024

Tiada Peruntukan


Hujung minggu, ramai yang buat open house. Jadi buat mereka yang dah ada jadual open house, pergilah sehari awal, tidur kat sana. Tak payah risau redah jem.. ๐Ÿคฃ
- sumber en. X -


Open House..?
Tiada peruntukan.

Aku..?
Hibernate di rumah. Nak recharge tenaga. 

#RemajaPurba: ...

Friday, April 26, 2024

2024 Giveaway by asyiqin.com


26 April 2024 - Jumaat (17 Syawal 1445H)

Dengan lafaz ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّٰู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ teratak MakBudak a.k.a RemajaPurba  berbesar hati menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh cik puan Asyiqin. MakBudak suka klik secara rawak pada bloglist dalam blog jiran-jiran yang singgah di blog MakBudak dan dari situ nampak entry ni. Ku hadir bagi sokongan dan sama-sama memeriahkan suasana. Macam beraya di rumah kawan-kawan gitu.

Berkebetulan tarikh mula Giveaway ini jatuh pada tarikh lahir anak bongsuku 23 April 2024. Ini kalau menang, bolehlah berkongsi hadiah dengan anakku itu.. ๐Ÿ˜„Berangan takpe tapi jika menang Alhamdulillah satu bonus buatku. Ayat kena manis biar cik puan Asyiqin jatuh hati.


Marilah sama-sama kita join Giveaway ni.


GIVEAWAY BY ASYIQIN.COM
di SINI..

Giveaway ini telah bermula sejak:
23 April 2024 dan akan berakhir pada 07 Mei 2024


Sebelum mengakhiri bicara, MakBudak mendoakan moga urusan berkaitan Giveaway ini dipermudahkanNYA dan moga semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Tak menang takpe, janji ku berjaya mencuri tumpuan semua. 

#RemajaPurba: ...

PERMOHONAN MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN


Penjelasan Permohonan:
Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.


25 April 2024 - Khamis (16 Syawal 1445H)

Penggunaan sistem Janji Temu online mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan telah digunapakai bagi mengawal dan melancarkan proses di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mujurlah aku buka laman web JPN mencari maklumat berkaitan Permohonan MyKad Bagi Kanak-kanak 12 Tahun di mana dinyatakan perlu membuat temujanji secara online. Memandangkan dak Nuha dah pilih tarikh untuk ke JPN, maka inilah hasilnya.


LANGKAH PERTAMA:
Di dalam Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):
  • Klik pada bahagian 'PERKHIDMATAN', kemudian klik 'Kad Pengenalan' dan akan keluar pelbagai permohonan berkaitan Kad Pengenalan. Seterusnya, klik pada 'Permohonan MyKad Bagi Kanak-kanak 12 Tahun' di SINI..
  • Terdapat Syarat, Prosedur, Dokumen, Bayaran berkaitan permohonan. Boleh baca di link di atas.

LANGKAH KEDUA:
  • Klik pada bahagian 'E-SERVICES', kemudian klik Sistem MyJanjiTemu JPN.
  • Ada empat langkah yang perlu diisi iaitu 'Tempat & Perkhidmatan', 'Tarikh & Masa', 'Maklumat Anda' (nama pemohon), 'Slip Tempahan'.

MAKLUMAT PENTING:
Tiada janji temu bagi semua urusan melibatkan Kelahiran, Anak Angkat dan Kematian. Sila hadir secara walk-in ke pejabat berhampiran dengan anda.


MyJanjiTemu
Penempahan urusan di kaunter JPN secara online.

di SINI..



Terma dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPN:
  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.
  2. Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakhluk kepada kekosongan.
  3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara. Rujuk waktu operasi kaunter JPN.
  4. Pemohon perlu berada di Pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat.
  5. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2024. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.
  6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temu janji. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.jpn.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.
  7. Perkhidmatan Sistem MyJanjiTemu ini adalah percuma. Pihak JPN tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.
klik pada ruang ini
'Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah dinyatakan'
sebelum klik SETERUSNYA.



Di sini, semua maklumat berkaitan perlu diisi dan pilih cawangan JPN yang berhampiran untuk berurusan mengikut keselesaan masing-masing.

- Slip Tempahan -


PERINGATAN:
  • Sila cetak/memuatnaik/screenshot slip tempahan ini dan sila kemukakan semasa hadir ke Pejabat JPN yang dipilih. (Untuk dak Nuha, aku cetak terlebih dahulu)
  • Pemohon digalakkan memakai topeng hidung dan mulut semasa hadir ke Pejabat JPN. (Aku wajibkan dak Nuha pakai)
  • Jika Pemohon GAGAL HADIR pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, temujanji ini terbatal dan pemohon perlu membuat tempahan baru. (Dak Nuha risau takut tak sempat sampai)
  • Sila pastikan dokumen permohonan lengkap sebelum hadir ke Pejabat JPN dengan terlebih dahulu merujuk portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my (Kena rajinkan diri mencari maklumat)
  • Tiada janji temu bagi semua urusan melibatkan Kelahiran, Anak Angkat dan Kematian. Sila hadir secara walk-in ke pejabat berhampiran dengan anda.
  • Transaksi tanpa tunai di JPN Ibu Pejabat WP Putrajaya, JPN Negeri dan JPN Cawangan UTC yang telah melaksanakan ePayment di kaunter-kaunter urusniaga. (Urusan dak Nuha tiada bayaran dikenakan)
  • Permohonan baharu dan penggantian kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) adalah ditangguhkan, JPN berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan permohonan MyKid yang tertangguh dan diserahkan secara berperingkat.

==================================================

'Kad Pengenalan telah diserah'


Selesai sudah urusan MyKad buat #NagaManja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Petaling Jaya
Kini dak Nuha dah ada MyKad.
MyKid ibu dah boleh simpan masuk fail. ๐Ÿ‘

#RemajaPurba: Alhamdulillah.. urusan selesai dalam masa tak sampai sejam.

Wednesday, April 24, 2024

Ketika Orang Lain Sedang Bergembira


Semalam birthday dak Nuha di SINI.. 

Malam tadi, tiada kejutan kerana dak Nuha dah tahu setiap kali birthday mesti akan ada adegan potong kek dan dapat hadiah tapi tidak kali ini. Ketika mySIL datang rumah dengan kek, dak Nuha tertidur keletihan penat dengan aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya. Makan malam pun tidak tapi bila dia bangun lepas aku kejutkan, terus mencari nasi di dapur.

========================================

24 April 2024 - Rabu (15 Syawal 1445H)

Semalam viral di media sosial di atas kejadian dua buah helikopter terhempas.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam tragedi yang membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Helikopter Fennec TLDM. Kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 03 hingga 05 Mei 2024.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan Sempena Hari TLDM ke-90 dibatalkan dan digantikan dengan satu majlis bacaan Yassin dan tahlil doa selamat sebelum solat Jumaat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM. Lumut. Selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Sultan Sharafuddin dijangka berangkat ke majlis berkenaan.


Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada orang ramai supaya berhenti menyebarkan video nahas helikopter yang terhempas semalam. Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), sebarang penghantaran komunikasi yang boleh menimbulkan ancaman, menyakitkan hati dan mengganggu orang lain adalah satu perbuatan yang dilarang. Ini juga sebagai menghormati ahli keluarga mangsa yang sedang bersedih di atas kejadian itu.

- sumber dari SINI -


Ketika orang lain sedang bergembira, ada yang berduka dek kehilangan ahli keluarga. Kita yang membaca berita sedih ๐Ÿ˜ญ,, family arwah apatah lagi.

Moga segala urusan dipermudahkanNYA.
Moga mental dan fizikal family arwah kuat walau dah tak sekuat mana.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un 
( ุฅِู†َّุง ู„ِู„َّٰู‡ِ ูˆَุฅِู†َّุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนُูˆู†َ)


#RemajaPurba: ...

Tuesday, April 23, 2024

Ulangtahun Kelahiran #NagaManja


Dulu, pernah terdetik di hati inginkan anak yang lahir pada tahun Naga DAN.. pada tarikh 23 April, dua belas tahun lepas di SINI.. 

'Naga dianggap sebagai haiwan yang mewah dan gagah. Dalam pepatah Cina pun banyak berkaitan dengan naga yang membawa makna positif. Oleh itu, ia dianggap sebagai haiwan yang membawa 'Ong''

- papan iklan di lebuhraya di situ -
Year of the Dragon
Tahun Naga
2024


23 April 2024 - Selasa (14 Syawal 1445H)

Tahun lepas ulangtahun kelahiran dak Nuha jatuh pada 2 Syawal, kali ni pula jatuh pada 14 Syawal. 

dari dak Kakak dari luar negeri buat dak Nuha.


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat si bongsu, dak Nuha.
Moga semua doa yang dititipkan mengiringi rutin harianmu.. Aamiin..

Happy Birthday to You...
#NagaManja

=============================================


Pagi tadi..
'Ibu, bila kita nak pergi buat ic?' 

Dak Kakak dan dak Adik telah mempunyai kad pengenalan diri masing-masing. Dak Nuha pula tak sabar nak ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pendaftaran kad pengenalan baru.

'Sabar ye, nanti kita pergi'.

Hanya tiga kad merah jambu ini menghiasai ruang kehidupan kami. 

#RemajaPurba: ...

Sunday, April 21, 2024

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


19 April 2024 - Jumaat (10 Syawal 1445H)

Pagi..
Hampir kebanyakkan sekolah turut mengadakan Kejohanan Merentas Desa hari ini, termasuklah sekolah dak Nuha di SK dan dak Adik di SMK di sini. 'Kalau tak larat berlari, jalan je, jangan paksa diri'.

Petang..
Walau penat + kaki sakit, dak Nuha tetap ke sekolah untuk mengambil keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) di SINI.. Tahniah Nuha..

Lewat petang, diajakku ku pergi mengurut di mesin urut badan di kedai dobi di sini. Ku layankan aje dari dengar dia merengek-rengek dalam keadaan aku yang penat ni.

Malam.
Penat tak hilang lagi, kami dah kena gerak pergi ke rumah adik en. Hubby kerana deme request en. Hubby masak untuk majlis pertunangan yang akan dibuat di sana. 

Aku..?
Penat..


20 April 2024 - Sabtu (11 Syawal 1445H)

Pagi..
Semua sibuk dengan tugas masing-masing. 

Tengahari..
Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik seperti yang deme rancang. Gambar..? Maaf. Tiada sebab malas nak ke depan ke belakang dengan handphone di tangan.

Petang..
Hujan turun dengan lebat disertai dengan angin kencang, mungkin kerana kawasan perumahan itu kawasan baru dan berdekatan dengan bukit. Syukur khemah utama tak patah cuma teralih sikit, hanya khemah di bekalang rumah je patah riuk tak dapat diselamatkan.


Gambar diambil oleh mySIL 'penat betul ni'


Malam..
Sebelum kami beransur pulang, sempat deme bermain mercun dan bunga api. 'Ni kalau abah ada, cucu-cucunya tak merasa ni semua'. Walau bunga api dan mercun hanya yang biasa tapi kami tetap pantau anak-anak yang main. 



Alhamdulillah.. selesai sudah.


Tengah malam..
Kami selamat tiba di rumah, tak sabar nak tidur. Selesai mengemas, selesai membersihkan diri, tak pandang lain dah selain bantal busukku.


21 April 2024 - Ahad (12 Syawal 1445H)

Berehat di rumah, tiada aktiviti di luar rumah. Masing-masing nak pulihkan tenaga.

#RemajaPurba: ...

Friday, April 19, 2024

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023

 
KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN
FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023



1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada 18 April 2024 (Khamis) jam 11.00 pagi.

2. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 18 April 2024 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui:
  • Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKad dan No. Angka Giliran; atau
  • UPKK<jarak>No. MyKad<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888.

3. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 19 April 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 April 2024

#upkk2023 
#malaysiamadani 
#pelanalfalah 
#kafa

=============================================


๐Ÿ“Œ 19 April 2024 - Jumaat (10 Syawal 1445H)

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023 tengahari semalam:

Alhamdulillah..
Dak Nuha lulus, masih ada A di dalam tangan. 'Jangan sedih ye Nuha, Nuha dah buat yang terbaik, Nuha bukan tak usaha'. Masih jauh lagi perjalanan, kalah sekarang bukan bermakna kalah selamanya. Ada banyak lagi laluan, cabang untuk ditempuh. 

Petang ini, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Pengisytiharan Keputusan UPKK 2023 di SRA di sini buat semua murid Tahun 6.

Harap dak Nuha tak meragam tak nak ke sekolah petang ni sebab pagi ni ada Kejohanan Merentas Desa di SK di sini ๐Ÿคฃ

#RemajaPurba: Tahniah buat semua.

Thursday, April 18, 2024

BANTUAN KEMANUSIAAN

 
Setiap kali balik kampung, belum pernah lagi aku tapau barang ala-ala bantuan kemanusiaan dari kampung tapi aku akan tapau makanan untuk disejukbekukan.

Selain dari lauk, aku suka petik sayur-sayuran yang ada. Antaranya, cili padi, terung, petai, belimbing buluh, buah limau purut, lemon, limau nipis, limau kasturi. Daun limau purut dan bunga kantan aku simpan di bahagian sejuk beku untuk tahan lebih lama.

Pisang pula, bukan sesisir dua tapi setandan terus. Itu belum lagi cempedak, durian kalau kena musimnya. Lagi hebat, ku bawa balik itik yang dah siap disalai tapi ini jarang berlaku sebab biasanya yang dah siap masak kami tapau. Ini kalau kebun sebesar ladang, rambang mata nak petik yang mana satu.

Aidilfitri - 02 Syawal 1445H


Minggu lepas beraya di kampung, ibu dah packing sesiap rendang itik. Biasanya, memang dah ada bahagian aku untuk dibawa balik. Puas hati bila dapat apa yang kita inginkan.


Kisah petang semalam..
Dua jam berhadapan dengan kesesakan jalan raya, akhirnya selamat tiba di rumah. Kesian myBoss yang pandu kereta. Pagi hadap banjir, balik kerja pun sama. Ini berpunca dari sistem perparitan hingga menyebabkan laluan utama dinaiki air. 


Pandangan dari dalam lori, jalan sesak sebab banjir di hadapan

Punca menyebabkan lepas maghrib baru sampai rumah.


Air dari parit tu melimpah keluar hingga ke jalan raya.
Salah satu laluan lain yang turut terkesan hingga mangsa banjir di tempatkan di PPS berhampiran.
Kami tak lalu di sini, sebab air tinggi dan kawasan sekitarnya rendah.


Pagi tadi..
Masih ada jalan yang digenangi dengan air. Di kawasan pekan di sini, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah pun dibuka bagi membantu semua mangsa banjir yang terkesan.

Buat mereka yang dilanda musibah ini, kuatkanlah semangat walau dah tak sekuat mana. Moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA. Aamiin..

#RemajaPurba: ..

Wednesday, April 17, 2024

JANGAN NORMALISASIKAN BUDAYA MEMINTA DUIT RAYA


Pemberian duit raya di Hari Raya Aidilfitri:
Setiap tahun, menjadi tradisi untuk aku sediakan duit raya buat semua my Anak Fruits termasuk anak sendiri. Tidaklah banyak mana tapi ada bahagian untuk mereka semua. 


- Sumber dari en. X @Cikgu_Anep -

Saya harap masa raya ni ibubapa jangan normalisasikan budaya meminta-minta duit raya dalam kalangan anak-anak, lagi-lagi depan orang ramai. Kita tak tahu keadaan dan masalah orang lain. Kalau dia bagi, ambil. Tak bagi, jangan tanya-tanya. Kurang sopan bagi saya.


Macam dak Kakak, peluang untuk dia dapat duit raya semakin tipis sebab dia dah makin besar. 'Kakak dah besar, jadi kakak kena terima hakikat'. Dak Adik pun tak lama lagi akan lalui situasi yang sama macam dak Kakak. Pada dak Nuha pula selalu ku pesan, 'Nak tengok berapa ringgit yang dapat, tunggu dah masuk dalam kereta baru tengok. Jangan buka depan tuan rumah/orang tua'


- sumber dari en. X @HausofHilton -

Orang yang tak pernah melalui kesusahan je yang akan anggap RM10 tu sikit. Maybe the 10 ringgit your friend or relative gave you is the only money they have and they are making ends meet.


Pernah dulu, di rumah terbuka kami, ada budak yang dapat duit raya dan terus buka.. 'Dua ringgit je..?' Aku bagi banyak itu sebab boleh bagi dekat ramai budak. Ikut bajet poket diri sendiri, berapa yang mampu kita nak bagi. Menu ala-ala kenduri disediakan buat tetamu, duit raya nak banyak, boleh pokai dibuatnya.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, kalau dapat RM5 pun dah macam jackpot, apatah lagi RM10. Duit raya ni bukan untuk bertanding siapa yang paling banyak dan hebat dalam pemberian duit raya tapi sekadar untuk memeriahkan suasana. Tak dapat duit tapi kenyang dapat makan.. Alhamdulillah.

=============================

17 April 2024 - Rabu (08 Syawal 1445H)

Pagi hari..
Hujan lebat, ada laluan yang aku lalui telah dinaiki air. Sistem perparitan penyumbang utama jalan dinaiki air. Dari petang balik kerja semalam lagi hujan lebat, parit tak sempat nak surut, pagi ni hujan lebat kembali.

Hujan lebat tapi tidak berterusan ok lagi tapi jangan sampai dua tiga hari, boleh jadi seperti di SINI.. Nauzubillah min zalik..

#RemajaPurba: ...

Tuesday, April 16, 2024

APA ITU BARAAN?


13 April 2024 - Sabtu (04 Syawal 1445H)

Pagi:
Menguruskan dak Kakak pulang ke luar negeri.

Malam:
Dak Adik join baraan bersama kawan-kawan sekolahnya. Tak cukup malam, esoknya pun sama, berjalan sesaje dak Adik.

14 April 2024 - Ahad (05 Syawal 1445H)
dak Adik bersama kawan-kawannya


=====================================

15 April 2024 - Isnin (06 Syawal 1445H)

Pagi:
Sesi persekolahan kembali bermula selepas seminggu cuti Hari Raya Aidilfitri. MakBudak masih dalam mood bermalas-malasan nak kerja. 

Petang:
Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kelas dak Nuha, dibuat secara potluck. Tahun ni, biasa je tak banyak gambar kenangan yang dikongsikan oleh guru kelasnya.

Sebahagian yang ada

Besar dah deme semua.

=====================================

Apa itu Baraan?
Baraan ialah istilah Jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya. Baraan adalah tradisi orang Jawa yang telah dipraktikkan sejak dari dulu lagi. 


Sedikit info
Pengertiaan BARAAN Masyarakat Jawa

Sumber: FB - Anak Jawa Pontian


Dulu.. di taman perumahan kami, pernah juga dibuat baraan dari rumah ke rumah tapi sekarang tak buat dah, hanya datang bila tuan rumah membuat jemputan rumah terbuka. Aku lebih selesa begini sebab penat hanya sekali dan aku ni bukan orang Jawa tapi merantau dan menetap di sini.

#RemajaPurba: ...

Sunday, April 14, 2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024


09 April 2024 - Selasa (29 Ramadan 1445H)

Mengulang kata dari SINI..

Sehari sebelum raya.. en. Hubby memulakan aktiviti membakar lemang untuk di bawa pulang ke kampung dan yang order last minute.

Buluh lemang yang telah siap dibersihkan oleh dak Adik.

Awalnya buat di luar rumah, sekali nah.. hujan turun dengan lebatnya.

Bertukar lokasi, di dalam pagar rumah.
'Aku tengok rumah kau berasap, tu yang aku jenguk. Rupanya kau bakar lemang. Aku nak beli boleh lagi ke?'

Selesai semuanya, selepas berbuka, kami hantar lemang ke rumah Ayah aku, nak bagi ayah rasa lemang yang dimasak oleh menantunya.. ๐Ÿ˜Š

Lewat tengah malam..
Menjadi kebiasaan, aku tidak akan keluar di malam raya kerana sibuk mengemas keperluan berkaitan untuk di bawa balik kampung tapi disebabkan nak hantar lemang ke rumah Ayah, merasalah menyaksikan dentuman demi dentuman bunga api. Sana sini, berwarna-warni di ruang udara hinggakan tak tahu nak tengok yang mana satu. 'Rambang mata' kata dak Nuha.

Ini yang paling menarik yang dapat aku saksikan secara dekat.

========================================

10 April 2024 - Rabu (01 Syawal 1445H)

Pagi raya.. aku di dalam kategori di SINI..
Merentas Desa menuju ke rumah myMIL sebelum mengambil Marathon pulang ke kampung halaman di selatan tanahair.

Bersama myFIL dan myMIL

Aku rasa bukan gambar yang salah tapi aku yang tak #PerasanSlim dah..


Disebalik gambar raya yang diambil, sebenarnya banyak yang tidak menepati piawaian mata isteri. Gambar nampak gemuklah, tak senyumlah, tudung sengetlah, mata tertutuplah.. ada je yang tak kena. Tapi.. Raya tetap raya dan yang penting kami kekal berlima sejak 12 tahun lepas.. ๐Ÿ‘


Petang raya..
Selepas lebih tiga jam setengah baru kami sampai ke kampung halaman. Kami bergilir memandu kereta kerana en. Hubby mengantuk tak cukup tidur. Jalan sesak itu biasa tapi bila aku yang memandu jadi luarbiasa sebab anak-anak akan terjaga. 'Rasa tak selamat bila ibu yang pandu kereta'.

Di kampung..
Menu raya itu biasa tapi bila ada rendang daging, tak pandang yang lain dah. Terima kasih Mak sebab masak rendang daging. Sedap..

Semua gambar makanan di rumah Mak aku dan di rumah myMIL tidak pula ku ambil. Menu raya.. biasa aje, yang membezakan rasanya adalah air tangan deme.

Bersama keluarga kecilku, tidak termasuk suami dan anak-anak adikku.
Ayah tak balik beraya bersama kami, PakNgah pula beraya di rumah adiknya.

Sempena Aidilfitri 2024..
MakBudak dan en. Hubby mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Moga raya kali ini lebih bermakna buat semua.. ๐Ÿ˜Š
========================================


11 April 2024 - Khamis (02 Syawal 1445H)

Kali ni raya tidak lama kerana en. Hubby tidak dapat bercuti lama, takdelah teruja seperti biasa. Buat saudara dan sepupu, maafkan kami tidak dapat berjumpa.

dak Kakak masih ada mood nak bergambar walau di tengah terik mentari.
 
========================================


12 April 2024 - Jumaat (03 Syawal 1445H)

Awal pagi 03 Syawal 1445H, kami selamat sampai di rumah kerana en. Hubby mula bekerja.

Kembali ke realiti kehidupan.
Dak Kakak mula sibuk mengemas, menyusun segala untuk di bawa pulang ke luar negeri.

========================================


13 April 2024 - Sabtu (04 Syawal 1445H)

Dak Kembar - Arissa + Umairah
Tahniah Arissa dapat menyambung pengajian peringkat  'Bachelor' di situ. Umairah pula masih di sana. Moga dia juga akan mengikut jejak langkah 'kembarnya' itu nanti.. Aamiin.. 



Selepas subuh kami bergerak menuju ke luar negeri. Ketika ini berharap, semua masih dekat atas sejadah lagi.. biar aku gerak dulu.. ๐Ÿ˜Š Sampai awal takde kelam-kabut dan berebut menggunakan lif. Tidak seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini. Gerak awal tapi sampai lambat dek masalah di SINI..

dak Kembar - Umairah di sini..

dak Kembar - Arissa di situ..


Balik dari menghantar dak Kakak ke luar negeri, dia punya sesak buat aku terlelap dalam kereta meninggalkan en. Hubby terkebil² memandu seorang diri..  ๐Ÿคฃ


#RemajaPurba: Aidilfitri 2023 di SINI..

Friday, April 12, 2024

KATEGORI MANAKAH ANDA BILA BALIK BERAYA DI KAMPUNG?


Setiap kali musim perayaan, jalan raya pasti akan mengalami kesesakan yang luarbiasa. Mental dan fizikal kena kuat dan bersedia dengan keadaan yang di luar jangka. Bagi mengurangkan kesesakan, Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 turut dikongsikan oleh pihak lebuhraya di SINI untuk pengguna lebuhraya.

Dalam suasana tersebut, kategori manakah anda bila balik beraya di kampung..?
  • Tak sampai 30 minit tu kategori Brisk Walk.
  • Tak sampai satu jam tu kategori Merentas Desa.
  • Tak sampai satu jam setengah tu kategori Fun Run.
  • Tak lebih tiga jam kategori Marathon.
  • Lebih 12 - 22 jam kategori menetap dalam kereta.
  • Kalau tinggal dengan orang tua kategori Home Run
  • Kalau sebelah rumah kategori lompat jauh. 
  • Kalau kurang 4 minit, kategori 4x100. 
  • Tapi kalau sempat habis lagu 'Balik Kampung' still legit nak panggil balik kampung ๐Ÿ˜†

Aku..?
Pagi raya Merentas Desa menuju ke rumah myMIL sebelum mengambil Marathon pulang ke kampung di selatan tanahair. 

Awal pagi 3 Syawal 1445H, kami selamat sampai di rumah kerana en. Hubby mula bekerja. Alhamdulillah, dapat juga beraya walau tidak dapat berjumpa semua. InsyaAllah.. ada masa nanti aku kongsikan gambar raya mana yang ada.

Buat semua..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Moga semua selamat dalam perjalanan..

#RemajaPurba: sambungan dari SINI..

Tuesday, April 9, 2024

Pre Raya Aidilfitri 2024


Sedikit kenangan yang tertinggal sebelum berakhirnya Ramadan 1445H.

Gambar Sebelum Raya..?

Sesi bergambar pre raya telah diadakan pada minggu lepas di tempat kerjaku. Bab bergambar aku ok je tapi bila nak kena ikut tema berwarna, maaf aku tak suka dan sebab itulah tiada gambar untuk aku kongsikan di sini. Tak suka tengok wajahku yang tak ikhlas tersenyum itu. 'Eh!Bukan sebab dah tak #PerasanSlim..?' Ini pun ye jugak.. kahkahkah.. 

Hasil kreativiti dari team MakBudak..
Deme yang punya kerja, aku cuma bergambar je..

=====================================================

Kuih Raya..?

Ketika orang lain sibuk menempah/membeli kuih raya, aku langsung tak terjebak. Tahun ini hanya en. Hubby belikan kerepek raya, itupun tanpa pengetahuan aku. Selain dari itu, aku terima dua balang kuih raya, voucher dan duit raya sumbangan dari tempat kerjaku. 

Ini antara contoh kuih raya yang aku terima


Aku tidak membuat sebarang pembelian kuih raya kerana setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri, aku akan membuat rumah terbuka buat semua. Menu yang dihidangkan semuanya ala-ala menu kenduri. Mana yang pernah datang ke rumah aku, deme memang tahu. 


Hari ini..?
09 April 2024 - Selasa (29 Ramadan 1445H)

Sahur..
Akhirnya pecah jua rekod bangun sahurku - terlepas sahur. Seisi rumah tidak bangun sahur. Siapa suruh tidur lambat sangat malam tadi, siapa suruh tak kejutkan ibu pagi tadi. Adan uke semua. 

Pagi tadi en. Hubby menguruskan pembelian untuk memasak rendang dan lemang. MakBudak jadi mem besar hari ni. Anak-anak ku kerah buat kerja semua. Aku hanya akan mula sibuk malam hingga awal pagi nanti menguruskan keperluan untuk balik kampung.


Beraya di mana..?
Pagi raya, beraya dahulu di rumah myMIL sebelum pulang ke kampung aku di selatan tanahair. InsyaAllah, panjang umur lepas raya kita berjumpa semula, akan ku kongsikan apa yang ada.

#RemajaPurba: ..

KAN MAK DAH PESAN!

 
09 April 2024 - Selasa (29 Ramadan 1445H)

Sedikit perkongsian penting dan berguna dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia buat semua yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidifitri.

Aku..?
Menjadi kebiasaan, sebelum balik kampung, semua baju akan kupastikan bergosok dan kereta akan menjadi almari bergerak. Di kampung, tak perlu dah nak mencari seterika untuk menggosok baju. Jimat masa dan jimat tenaga elektrik.


'Pulang dari kampung nanti, tinggalkan kenangan indah buat ibubapa kita dan bukannya bil elektrik yang tinggi. Gunakan elektrik dengan bijak di musim perayaan ini'.


==============================================

Hidup ini ibarat roda dan sekarang aku sedang melalui fasa 'KAN MAK DAH PESAN!' terhadap anak-anak. Mak sentiasa mengingatkan kita akan segala pesannya.
'Ha.. kan mak dah pesan..'
'Ha.. itulah tak nak dengar, kan dah kena..'
'Ha.. cubalah dengar cakap..'.


KAN MAK DAH PESAN!
Tutup lampu, tutup kipas, tutup TV bila dah tak guna.

Gambar diambil ketika dalam perjalanan balik dari kampung sempena Tahun Baharu Cina di SINI..

Gambar dari X: Suruhanjaya Tenaga Malaysia

==============================================

Info Keselamatan Komuniti

TUTUP BEKALAN ELEKTRIK PADA MESIN PENAPIS AIR KETIKA TIADA BEKALAN AIR ATAU KELUAR RUMAH.

Kepada semua pengguna mesin penapis air tidak kira apa jenama, yang menggunakan elektrik dinasihatkan supaya menutup atau mematikan suis mesin air tersebut lebih-lebih lagi ketika tiada orang di rumah.

Ini kerana pemanas air sentiasa berfungsi walaupun tiada bekalan air. Mesin ini akan terbeban dengan kuasa pam mesin yang akan berjalan tanpa bekalan air dan akan menjadikan overheating seterusnya boleh menyebabkan kebakaran. Tindakan awal boleh menyelamatkan harta dan nyawa.



==============================================

Selain daripada itu, penduduk khususnya di kawasan yang berhadapan gangguan bekalan air disarankan agar menutup segala suis berkaitan mesin penapis bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya litar pintas.

di SINI..


Buat semua..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

#RemajaPurba: ...

Monday, April 8, 2024

Iklan Raya RHB Bank 2024 - Lembaran Baharu (Inspirasi dari Kisah Benar)


Setiap kali musim perayaan, banyak pihak korporat, jenama fesyen mahupun produk tempatan tidak mahu ketinggalan dengan mengetengahkan iklan raya atau filem pendek kepada penonton seperti di SINI. Iklan-iklan yang ditayangkan pasti memberi kesan kepada mereka yang menontonnya, ditambah lagi ada antara iklan tersebut diinspirasikan dari sumber kisah benar.


Seperti iklan Raya RHB Bank 2024 ini.. 

Penggunaan Seksyen 294, Kanun Acara Jenayah.. Yang Arif, saya percaya OKT (Orang Kena Tuduh) telah pun mengaku bersalah. Jadi untuk hukuman Seksyen 380, yang membawa maksima tujuh tahun. Persoalannya sekarang, bolehkah kita pertimbangkan bahawa ini adalah kesalahan pertama pesalah. Ibubapa mana yang tidak teruja bila anaknya mendapat keputusan yang cemerlang.

Yang Arif, untuk kes ini, anak OKT telah mendapat nombor satu di sekolahnya. Jadi seorang ibu kepada anaknya. Jadi mahu tak mahu, suka atau tak suka, mahkamah perlu pertimbangkan bahawa OKT telah melakukan kesalahan di atas keterpaksaan kerana beliau tidak sanggup menyakiti hati anaknya.

Kadang-kadang kita tidak faham, perkara yang kecil dan tidak penting bagi kita, sebenarnya adalah segala-galanya buat orang lain.

Tapi Yang Arif, biarpun pihak OKT dikenakan hukuman di bawah Seksyen 294, saya percaya masih ada bon-bon yang boleh dikenakan ke atas beliau. Bon yang ingin saya cadangkan adalah Bon Berkelakuan Baik di mana pihak OKT perlu datang ke balai polis untuk menandatangani bon di sana pada setiap bulan.

Saya memohon dengan rendah diri, tinggi harapan dan terus memohon, dan terus memohon sehingga Yang Arif membenarkan Seksyen 294. Sekali lagi saya dengan rendah diri, tinggi harapan memohon Seksyen 294..

'Saya ingat itulah sahaja kesudahannya..

20 tahun kemudian..

RHB Bank 2024 - Lembaran Baharu

di SINI..
Kemajuan terzahir dari kemaafan yang membuka permulaan peluang baharu.


Diceritakan semula oleh Datuk Ahmad Zaharil

 di SINI..

Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar - Peguam
Beliau pernah membantu seorang wanita dalam kesusahan. Keikhlasannya memberikan wanita itu peluang kedua serta menjadi inspirasi kepada anak wanita tersebut yang mengikuti langkah Zaharil untuk menjadi seorang peguam.

#RemajaPurba: Salam Aidilfitri buat semua..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...