Followers Remaja Purba

Saturday, April 28, 2012

Tahun NAGA 2012 - gegurl


23 April 2012 (Isnin)

Memang ramai tak sangka, mana taknya pagi tu aku sempat buat check up mingguan (masa ni doctor check bukakan laluan), sempat singgah di pejabat sebelum balik rumah.

Lewat petang aku dah mula rasa sakit, hubby desak aku ke hospital (memandangkan jarak dari rumah agak jauh, takut tak sempat) tapi aku kata aku boleh tahan lagi. Akhirnya pukul 9 malam barulah aku ajak hubby ke hospital, itupun sebab dah sakit sangat..

Tepat jam 10.33 malam – 23 April 2012 (Isnin), lahirlah seorang puteri yang selamat disambut oleh doktor di Hospital (awal dua hari dari tarikh sebenar). Dengan berat 3.56kg, secara normal itulah dia adik bongsu kepada dak Kakak dan dak Adik.

Syukur Alhamdulillah selamat sudah.
Terima kasih pada doktor dan kakitangan berkenaan yang banyak membantu aku sepanjang berada di hospital. Tak lama mana pun, tengahari esoknya dah boleh balik.

KINI.. bermulalah PANTANG dan LARANG demi kebaikan dan kesihatan diri serta baby.

Inilah dia..
copy paste muka babah dia

Dah bersedia nak balik rumah..

Selamat tiba di rumah.

Itu dia.. memanggil ibu nak susu..

psstt: Masa untuk berehat.. zzzzz..

26 comments:

Unknown said...

tahniah kau dah dapat anak

asyifamustaffa said...

Tahinah !!
dpt gegirl ye...ptutla sunyi je dia....tgh pntang...selamat berpantang............^__^

Naz said...

tahniah

zana said...

wah, congrats kak aizamia =) baby gurl comel... hihi.. nama dia pun sedap. Simple tapi unik tapi awesome! hehe. Nur Nuha Husna. =) moga besar nanti jadi anak yang solehah ya... =D

Unknown said...

wah tahniah kak! selamat menjalani pantang... sedapnya ikan bilis goreng!

aizamia3 said...

Faris Adli:
terima kasih.. terima kasih..


Asyifa Mustaffa:
terima kasih.. dalam keadaan sekarang masa agak terhad nak hadap lappy..


Naz:
terima kasih.. ;)

aizamia3 said...

zana:
terima kasih dik.. ;)
moga Nuha menjadi anak yang solehah.. insyaAllah..


zulfikar hazri:
yup.. itulah menu yang paling sedap bila dimakan dengan nasi panas dan lada hitam.. kihkihkih.. bila lagi nak rasa menu dalam pantang kalau bukan masa dalam pantang.. ;)

duniaanita74.blogspot.com said...

tahniah...nuha..tembamnya...memang muka babahnya lah fotostat...selamat berpantang ya..

Namee Roslan said...

akak..tahniah akak !!! sangat comel. tahun naga sama la dengan saya. hihiih. garang..roarrrr.

aimanammaradham said...

dah hampir2 dgn suha jer....
slamt menguruskan badan yerk

Munn Jaafar said...

akak! tahniah! comeynye kak oii...tembam betul pipi dia...sy rasa mcm nk cium2 je ni..hihihi

akak tc ok, tgk la astro tu smp lebam... =D

aizamia3 said...

anitadiana:
nanti masuk balik office suasana pun dah baru.. ;)


Namee Roslan:
terima kasih.. ;)
macam mana ek bunyi naga..

aizamia3 said...

aimanammaradham:
hehehe.. hampir tapi tak sama.. ;)


Munnafendy:
ye.. tengok sampai lebam tapi channel kartun je.. huhuhu.. sebab anak2 concour dulu remote astro..

faraherda.razalan said...

Aiseh...terlambat wish la...Congrats dear! Comelnya dak Nuha. Sy cemburu dgn kekuatan dan keyakinan awak.

yanamib said...

woo bam bamnya pipi diaaa..kalah ank sy nih..hoho assalamualaikum nuha..lmbt lak aunty tgk muka nuha ni..aihh~ =)

aizamia3 said...

Pok Amai-Amai:
tq tq.. ;)
saya jadi kuat sebab tak suka kena tinggal di hospital.. yakin kerana pengalaman sebelum ni tak memerlukan saya berada lama di hospital.. syukur..

aizamia3 said...

YanaMIB:
wsalam bagi pihak Nuha..

Eera Shera said...

yey dpt tgk baby..alo bambamnye nuha..sronoknye tgk baby bru lahir ni..geram huhu.. membesar dgn sihat ye nuha.. hug n kiss dr jauh je la ;)

aizamia3 said...

Eera Shera:
tq tq.. ;)

ina mail said...

Tahniah ai dapat baby girl yang comel dan sihat sedap namanya secomel orang nya : )

aizamia3 said...

Cik Ina Do Do Cheng:
terima kasih cik ina.. ;)

mama4A's said...

tahniah maz.. pantang elok2 k..

aizamia3 said...

mama4A's:
terima kasih kak.. insyaAllah.. setakat tak culas lagi..

Zehan Ilyana said...

akak!!
nuha ni comel sanagat!
hehe, and a'ahla memang copy paste muka ayah dia..:DDD

putribongsu said...

whoaaa tahniah kak! tumbamnye diaaaa...alahai nak gegett...

aizamia3 said...

Teenager Housemaid:
kan.. akak dah cakap.. copy paste muka babah dia.. ;)


putribongsu:
terima kasih.. hikhikhik.. akak pun geram.. ;)

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...