9 Februari 2024 - Jumaat
Pengecualian tol bermula pada 12:01 tengah malam 8 Februari 2024 hingga 11:59 malam 9 Februari 2024 sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1). Tol percuma ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia seperti mana dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi.
Aku..
Tol percuma hanyalah sebagai bonus tapi sebab utama balik kampung, PakBusu nak masak kari itik. Rugi tak balik. Dalam masa yang sama, PakBusu mahukan en. Hubby memasak nasi beriani.
Tol Percuma..
Hanya berbaki 10 minit sebelum berakhirnya tol percuma.
Mengalahkan mereka yang menyambut Tahun Baru Cina lagaknya 😆
10 Februari 2024 - Sabtu
Tahun Baru Cina kali ini, kami dihidangkan dengan menu kari itik. Sambil menunggu PakBusu dan en. Hubby masak, nampak pula garisan putih yang banyak di langit.
Banyak pula ku lihat, bercabang kiri dan kanan.
Dulu.. waktu aku BudakPurba, bila nampak asap garisan lurus putih di langit, 'itu roket lalu..' tapi bila dah RemajaPurba ni baru ku tahu apa sebenarnya asap tersebut. Ia hanyalah wap air yang memeluwap di astmosfera sejuk.
Jejak Wap boleh di baca di SINI..
Jejak Wap ialah wap air terhasil apabila haba panas dari muncung ekzos enjin pesawat yang bertindak balas dengan ruang udara yang bersuhu bawah -40 darjah celcius ataupun pesawat yang berada di paras ketinggian 26,000 kaki (8,000 meter). Kebiasaannya jejak wap ini dapat dilihat di ruang angkasa laluan pesawat (airway route) ketika langit agak cerah dan cuaca lembap.
Buat lintas hormat untuk Tahun Baru Cina ke.. 🤭
Ok sambung semula kisah kari itik.
Tiga ekor itik yang dibela oleh PakBusu.
Kari itik yang dimasak oleh PakBusu.
Lupa nak ambil gambar nasi beriani yang dimasak oleh en. Hubby.
Kentang sebagai pelengkap cerita.
Sementara anak-anak menemani en. Hubby pergi memancing di kolam ikan, aku pula ke kebun PakBusu.
Pokok petai sedang melalui fasa mengeluarkan buah.
Cempedak makin membesar.
MakBudak turut membesar seperti pokok yang ditanam PakBusu.
Buah Durian Belanda.
Belum cukup masak untuk dipetik.
Ini pokok Sentul.
Benihnya dulu ku ambil dari rumah arwah Uwan aku. Tanam di kebun PakBusu.
Cepatlah kau membesar dan berbuah wahai pokok Sentul.
Menjenguk Paklong dan Maklong di Johor. Singgah tanpa memberitahu terlebih dahulu sebab tak nak susahkan mereka menyediakan juadah untuk kami. Namun kami tetap kena bebel.. 'kenapa tak bagitahu awal sebelum nak datang rumah'. Kami datang bukan nak makan tapi nak menjenguk bertanya khabar.
Sambil itu, merasalah kami minum air kelapa yang dipetik sendiri Paklong di kebunnya. Aku suka je sebab bila balik kampung, macam-macam yang aku dapat bawa balik. Kali ini, limau kasturi, ubi kayu, daun cincau. Semuanya segar baru petik dari kebun.
Daunnya boleh dibuat air cincau hijau.
Update:
Bawa balik rumah tapi tak menjadi walau mengikut resepi yang ada dek kerana terlebih air, Nampak gaya, kena balik kampung dan petik lagi daunnya ni.
Petang, pulang semula ke rumah PakBusu. Kali ni aku pula memandu kereta kerana en. Hubby mengantuk. Takde ikut jalan kampung, en. Hubby suruh terus masuk highway walau tahu highway pasti sesak. Senang sebab en. Hubby dapat tidur sekejap, kalau nak dibandingkan ikut jalan kampung, takut sesat katanya. Nampak je macam dah lena siap berdengkur tapi tidak sebenarnya. Tiap kali aku yang memandu, pasti en. Hubby yang tekan brake. Ibarat JPJ memantau dalam diam gayanya 😆😆
Sempat juga kami singgah di pasar malam di kampung PakBusu. Rambang mata tapi tak tahu nak beli apa sebab masing-masing kepenatan sebenarnya.
Pau bentuk cendawan, udang dan cili besar antara yang dibeli.
Sate satu cucuk RM 1.00.
Kenapalah takde gambar makanan. Tiada gambar nak simpan sini sebagai kenangan.
12 Februari 2024 - Isnin
Cukuplah pakej tiga hari dua malam di kampung halaman. Sempat jugak menjenguk mak dan PakNgah. Kebetulan Pakcik, adik mak dari Perak pun ada, lama sungguh kami tak jumpa Pakcik. Moga Pakcik sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian hendakNYA. Mak dan PakNgah pun kelihatan sihat nampak gayanya. Alhamdulillah.
Nak mengelak dari berhadapan dengan kesesakan di highway, kami memang sengaja memilih mengikut jalan lama tapi tetap sampai rumah lewat gara-gara ada je tempat persinggahan.
Me.. every time I see this.
Tak pernah tak berjaya mengambil gambarnya walau kualiti gambar yang diambil tidak secantik mana.
Alhamdulilah.. siap juga entry sepanjang cuti Tahun Baru Cina minggu lepas. Sambungan kisah ada di SINI..
#RemajaPurba: ...
Seru juga acara menyambut tahun baru Cina nya Mbak.
ReplyDeleteKalau disini biasa ada perayaan dengan pawai barongsay keliling jalan-jalan kota, hanya kali ini ditiadakan. Alasannya karena tahun politik, menjelang pemilihan umum.
Baru tahu disana namanya durian belanda. Disini namanya "sirsak".
Salam,
merasa juga tol free khamis jumaat tu tapi bukan untuk balik kampung tetapi untuk pergi kerja .. hehe
ReplyDeleteWahh pau cendawan tu sebijik rupa cendawan ya...
ReplyDelete