Followers Remaja Purba

Wednesday, January 31, 2024

Sultan Johor dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17


31 Januari 2024 - Rabu

Hari ini merupakan hari yang paling istimewa buat rakyat Malaysia di mana Sultan Johor Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Balairung Seri, Istana Negara. Pada istiadat itu, akan turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama iaitu lima tahun.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari 2024 (Isnin).



MAKLUMAN GELARAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII



Adalah dimaklumkan bahawa gelaran rasmi bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah seperti berikut:

(Bahasa Melayu)

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG,
SULTAN IBRAHIM
&
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG,
RAJA ZARITH SOFIAH


(Bahasa Inggeris)

HIS MAJESTY SULTAN IBRAHIM,
KING OF MALAYSIA
&
HER MAJESTY RAJA ZARITH SOFIAH,
QUEEN OF MALAYSIA


Oleh hal yang demikian, gelaran rasmi ini hendaklah digunapakai bagi semua tulisan dan sebutan mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.


'Izinkan saya menjadi Raja di hati rakyat'

Manakala, pada 30 Januari 2024, genap lima tahun tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur.

Paling menarik sepanjang tempoh Tuanku memegang tampuk pemerintahan negara bermula pada 31 Januari 2019..

'Terpahat dalam sejarah negara bahawa beta adalah merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang telah diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat orang perdana menteri bersama empat jemaah menteri yang berlainan'

Antara amanat yang berat untuk memilih dan melantik empat perdana menteri berbeza bermula dengan Perdana Menteri ke-7 Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri ke-10 Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

28 Januari 2024 - Ahad

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor pada 28 Januari 2024. Perlantikan tersebut adalah berterusan selama Sultan Johor menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong. Istiadat pelantikan tersebut telah diadakan di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, Johor.

Gelaran Kehormat bagi Pemangku Sultan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Berkongsi tarikh yang sama, hari ulangtahun kelahiran MakBudak di SINI..

#RemajaPurba: sumber dari en. Google.

9 comments:

  1. semoga yang baik2 dan terus aman negara Malaysia

    ReplyDelete
  2. semoga ketegasan beliau dapat memerangi rasuah & salahlaku di kalangan pemimpin dan menteri menteri kat malaysia ni,,

    ReplyDelete
  3. Daulat Tuanku. Semoga dapat mentadbir Malaysia agar kekal aman dan makmur

    ReplyDelete
  4. Daukat Tuanku..memang raja yg sgt dekat dihati..akan dirindui..
    MA pun sama2 kesat air mata masa tgk kat tv tu...

    salam kenal dear!! follow di sini :-)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...