01 Februari 2024 - Khamis
Tenang-tenang je hari ni..
Pergi kerja tidak berhadapan dengan kesesakan jalan raya, elok lancar dari biasa. Rupanya hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi memperingati peristiwa tahun 1974 apabila Kuala Lumpur telah dipindahkan ke kawalan Persekutuan. Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974, Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, tahun ini adalah sambutan kali ke-20.
Wilayah Persekutuan telah berusia 50 tahun.
Sempena penubuhan 50 tahun Wilayah Persekutuan dan Ulang Tahun PPj ke-28.
- sumber: Perbadanan Putrajaya -
Hari Terbuka Putrajaya di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Putrajaya
- MASUK ADALAH PERCUMA -
Antara aktiviti/barangan/perkhidmatan yang akan disediakan:
- Pameran Perkhidmatan
- Mini Tourism Fair @ Putrajaya
- Jualan Karnival
- Persembahan Seni dan Budaya
- Konsert Gala Pod
- Fantastic Food Festival @ Putrajaya
- Kecantikan dan Kesihatan
- Aktiviti Sukan
- Jualan / Showcase TVET
- Laman Seni
- Jualan Agro Pertanian
- Putrajaya Meowxotica Fiesta
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkatan, program ini adalah inisiatif Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) untk menghimpunkan perkhidmatan kerajaan dalam satu acara bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan yang mereka ingini di satu tempat.
- sumber dari SINI.. -
#RemajaPurba: ...
Selamat hari wilayah
ReplyDeleteSelamat hari wilayah!
ReplyDeleteSelamat hari wilayah. Menarik juga event nu boleh oergi on weekend
ReplyDeletewah....meriah, mcm2 ada kann
ReplyDeleteBanyaknya aktiviti kat Putrajaya. Anak tengah Final Exam jadi kalut kat dia je.....
ReplyDeleteselamat bercuti sis.. kami cuti jumaat sabtu sahaja..
ReplyDelete