Followers Remaja Purba

Monday, January 15, 2024

BEKERJA vs KELUARGA


Sambungan dari SINI.. 

'Sekiranya bertembung antara keluarga dan juga kerja, yang mana kita nak korbankan?'


Kenapa nak korbankan kerja?
Kerja.. Inilah yang kita dapat gaji, takkan kita nak korbankan hasil yang kita dapat daripada pekerjaan itu.

Kenapa nak korbankan keluarga?
Esok bila kita mati, yang nak doakan kita adalah keluarga. Mudahkan anak-anak, kawan-kawan belum tahu lagi.

Jawapan:
Jangan korbankan kerja, jangan korbankan keluarga. Korbankan diri kita tak apa.

Soal keluarga kita jangan tinggal tapi kerja itu amanah. Itu anugerah Allah beri kepada kita. Walaupun kita jauh tapi tetap berhubung dengan anak kita. Ini wajib sebab keluarga untuk kita tapi kerja adalah tanggungjawab dan Allah beri kepada kita mungkin Allah tak beri kepada orang lain.

Ingat.. orang yang korbankan keluarga, dia silap. Orang yang korbankan kerja juga silap tapi korbankan diri kita sendiri.

Sebagai contoh:
Saya ada keluarga jadi saya kena korbankan minat saya. 
Saya ada kerja yang saya kena commit (ceramah, nak kena study apa kehendak penganjur supaya penganjur tak sia-sia adakan majlis ini).

Bekerja supaya apa yang orang harap daripada kita tak banyak dapat sedikit kita dapat laksanakan. Sama juga dengan keluarga, walaupun mak dia sibuk tapi dia tetap rasa mak dia dekat.

Hakikatnya apa yang kita ada kerana Allah bagi pada kita. Kena jadi orang yang bersyukur. Bila kita dapat sesuatu, Allah bagi kita ruang apa kita nak buat dan pastikan ia bukan untuk berseronok sahaja.


Bersambung.. ada sedikit lagi sebagai penutup..

#RemajaPurba: Masih belum sembuh dari batuk.. perit + gatal tekakku ini.

2 comments:

  1. mmg kena kuat mommy yang bekerja nie...sebab kerja akan jadi double triple..tp,tetap lah tak boleh nk membanding2kan...yang bekerja @ tak bekerja, masing2 ad peranan masing2...tetap lah jugak seorg mommy...

    ReplyDelete
  2. rela ku korbankan kak.... kalau tak kerja takde duit,nak dapatkan duit untuk keluarga jugak kan. Itu bagi dana lah tapi kene ada masa utk diri sendiri dan keluarga jugak jgn kejeeee je sampai keluarga terabai.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...