Satu benda yang perlu kita tahu, kita hidup ada matlamat kehidupan. Lebih jelas Allah bagitahu apa matlamat kehidupan kita. Matlamat satu sahaja:
- Allah jadikan kita supaya kita beribadah kepadaNYA.
Kita sedar bahawa kehidupan kita seluruhnya yang kita bekerja sehari-hari, kita di rumah, ini semua matlamatnya adalah sebagai penghambaan kepada Allah s.w.t dengan maksud lain sebagai ketaatan.
Kita tanya pada orang perempuan: 'Letih tak kerja?'
- Kita balik rumah (suami pun sama bekerja), nak kena masak, kemas rumah. Siapkan anak-anak. Letih tak?
- Suami balik rumah - lepak, tenang, biasa kita tanya je order 'dah siap ke belum?'
Walaupun dari segi hukum:
Tidak Wajib orang perempuan masak, basuh baju, kemas rumah.
Maksud Tidak Wajib:
Kalau dia balik, dia tak nak masak, tidak berdosa. Bahkan suami tidak boleh bawa hal ini ke mahkamah untuk mengadu kepada Hakim.
'Yang Arif, isteri saya dah tiga minggu tak masak, dua minggu tak basuh baju, rumah tak berkemas sebulan'.
Hakim tengok atas bawah..
'Encik, kes lain banyak lagi ni. Isteri tak masak, makan kat kedai mamak sudahlah. Jangan macam-macam hal lah encik. Isteri tak basuh baju, pergi dobi, kan berlambak..' sebab itu tak boleh bawa ke mahkamah kerana ia tidak dikira sesuatu yang sifatnya hukum wajib cuma ia termasuk dalam sunat.
Sunat ini ada banyak, termasuklah menggembirakan suami. Bila kita masak, suami gembira, basuh baju sebab dia tak payah buat, dan tentu gembira. Kita mengemas rumah, dia tak payah buat, tentu dia gembira. Dia terlentang tengok tv, kita mengemas rumah.
Kenapa kita buat?
Antara lain, kira rasa itulah sebagai satu ketaatan kita kepada Allah s.w.t. Walaupun kita geram, sama-sama balik kerja. Suami duduk kita buat kerja. Kalau rasa boleh jadi Ghostbuster kita vakum dia sekali masuk dalam vakum itu, Ini kalau nak kira geramlah.
Sama juga dengan suami:
Sebagai menghargai isteri, walaupun dia boleh masak, 'tak payah masak, kita makan dekat luar jelah'. 'Sayang tak payah mengemaslah, kita panggil orang untuk kemas'. Ertinya: Kita boleh buat tetapi kita boleh untuk tidak buat tapi kita pilih untuk buat.
Sama juga dengan bekerja:
Kita boleh nak bekerja lebih kurang sahaja, yang penting kerja siap tapi ada orang dia siapkan awal supaya tidak timbul masalah, sebab itu ada benda yang kita buat dalam kehidupan, walaupun asasnya bukan ibadah tapi kerana kita buat itu, ia jadi sebagai satu ibadah. Kita memang disuruh supaya kita buat kerja itu dengan sebaik mungkin. Ini kerana Allah suka kalau kita buat sesuatu, buat yang terbaik.
Dalam kehidupan, buatlah yang terbaik.
Apa yang boleh? Tak semestinya apa yang kita nak itu sampai kita tak mampu pun kita buat. Tentu ada kemampuan, cuma beza ada orang boleh 5 hari 4 malam, ada orang 3 hari dua malam. Kita dua hari satu malam pun jadilah. Kira setahun sekali pun jadilah. Maknanya: Kita berusaha untuk buat yang terbaik, takkan langsung tak boleh?
Kita ni, jangan pandai-pandai buat pandai. Sekali orang tahu kau pandai, memang sampai bila-bila kau jelah yang buat.
Kadang-kadang kita lupa bahawa sebenarnya Allah bagi pada kita. Ada ramai lagi orang lain yang layak untuk duduk di tempat kita bekerja. Hakikatnya apa yang kita ada kerana Allah bagi pada kita. Kena jadi orang yang bersyukur.
Ok, sambung lagi nanti.
#RemajaPurba: ...
Dunia memang tempat untuk berletih2, akhirat nun di sana tempat berehat... Kata-kata pujangga orang-orang alim :)
ReplyDeletesemoga penat lelah kita mendapat ganjaran yang setimpal...tp bila mommy penat2, mesti bebel tu kuat...hahaha
ReplyDelete