Kejadian minggu lepas, 17 Januari 2024 - Rabu:
'Ibu tahu tak, kertas periksa Sirah batal, tukar hari lain. Penat tahu tak, ulangkaji dari pagi dekat sekolah, petang tu ustazah bagitahu tak jadi periksa. Nuha penat tau ibu'.
'Ye ibu tahu, tapi bukan SRA Nuha je tapi seluruh negara, satu Malaysia'.
'Oh!Ye ke ibu..?'
'Iya..' Sambil aku tunjukkan bukti dari whatapps group kelasnya. Barulah dia diam tak membebel.
Sudahnya.. malam tu dia tidur awal sebab keletihan.
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
Saya telah dimaklumkan oleh pihak JAKIM berhubung satu
laporan yang diterima oleh JAKIM bahawa terdapat sebuah pusat
peperiksaan UPKK telah secara tidak sengaja melanggar Prosedur
Operasi Standard (SOP) pengendalian kertas peperiksaan UPKK.
Berpandukan SOP, pihak JAKIM dengan serta merta telah
membuat keputusan segera dan kenyataan media berhubung
penangguhan mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan pada
hari ini, Rabu 17 Januari 2024. JAKIM telah menetapkan penjadualan
semula ujian bagi mata pelajaran tersebut pada 23 Januari 2024
bersekali dengan ujian bagi mata pelajaran Lughah al-Quran.
Susulan keputusan dan kenyataan JAKIM tersebut, pihak saya
telah menerima banyak aduan dan keluhan dari ibu bapa calon-calon
UPKK yang bimbang akan kemampuan anak-anak mereka melalui dua
ujian dalam masa satu hari pada 23 Januari 2024.
Sehubungan dengan itu, atas rasa keprihatinan dengan keluhan
dan aduan tersebut, serta atas dasar turut memahami emosi calon-calon
UPKK, saya telah mengarahkan supaya JAKIM menetapkan ujian bagi
mata pelajaran Sirah dibuat pada 24 Januari 2024 (Rabu).
Ok.. boleh tenang-tenang je sekarang. Tarikh pun dah ditukar, dak Nuha boleh tarik nafas lega. Takdelah dia bising 'Dahlah dua kertas tu banyak nak kena hafal, kenapa tak buat hari lain je'.
#RemajaPurba: Berdebar-debar..
Tu la kesian anak dah study tiba2 batal pulak.
ReplyDeleteMemang frust bila ada penjadualan semula ni. Moga anak-anak kuat semangat untuk menghabiskan peperiksaan UPKK. Moga berjaya!
ReplyDeleteTengok dalam berita, postpone kan, kesian anak2. Moga dipermudah semua urusan nanti, berjaya dgn cemerlang.
ReplyDeleteGood luck Nuha... Acik pulak nervous, sebab anak2 orang lain semua ada respons.. Anak acik je yang takde perasaan... Hahaha
ReplyDeleteUjian sebenar dan ujian peperiksaan. Innalillahiwainnailaihirajiun.
ReplyDelete