Followers Remaja Purba

Saturday, January 13, 2024

KAU FIKIR KAU SIAPA? - Ustaz Harryanto Rizal Rokman


Kita mengharapkan budaya seperti being to rigid dan tiada flexibility perlu dielakkan sekiranya kita ingin terus bergerak ke hadapan. Kita mengharapkan budaya cemerlang bersama perlu kita amati, perlu kita laksanakan.


Aku ada satu ceramah yang menarik untuk aku kongsikan di sini:
 
Tarikh: 30 November 2023 - Khamis.
Penceramah: Ustaz Harryanto Rizal Rokman.


Ini kali pertama aku dapat melihat secara live Ustaz Harryanto yang sudi hadir menyampaikan ceramah di tempat kerja aku. Alhamdulillah, aku suka mendengarnya, rasa tenang tanpa gelak tawa yang terlampau. Santai dan sungguh tidak membosankan. Juga intipati dari entry ini adalah apa yang Ustaz Harryanto sampaikan sebab aku rakam dalam bentuk voice record je. 


TAJUK: KAU FIKIR KAU SIAPA?

Ustaz Harryanto berkata:
Tak perlu ambil kira sangat tajuk ni, kekadang tajuknya lain, yang sebenar cerita suruh sembahyang, itu aje.

Ada satu perkara yang kalau kita perhatikan dalam kehidupan kita ini, ada satu suasana yang kadang kita ini 'sekejap elok, sekejap tidak', 'sekejap ok, sekejap tak ok', tapi sebenarnya ini memang satu kebiasaan yang memang ada dalam kehidupan kita. Sebab tu, bila waktu ok ni jadi bersemangat.

Tanyalah orang perempuan, kalau waktu ok, habis semua dimasaknya. Kalau waktu dia bersemangat semua dia beli nak buat. Bila dia dah beli, dia hilang semangat, dia beli je kuih tu.

Sama juga dengan lelaki. Waktu semangat dia memang hebat, kalau waktu tak semangat dia boleh tidur dengan lipas dalam kereta tu. Jadi, itu manusia. Dia ada keadaan begitu, dia ada keadaan begini.

Sebagaimana Allah s.w.t sebut di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ma'arij, ayat 19 - 21, tepat dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita. 'Manusia ini, Allah kata sifat/tabiatnya memang keluh-kesah'.

Kadang-kadang yang kita keluh-kesah itu sebenarnya hanya pancingan. Kita hanya dipancing dengan kecenderungan kita sahaja. Kalau kita nak mengikut apa yang kita nak, sediakanlah duit. Tapi kalau kita tak mampu nak sediakan, maka kita duduklah diam-diam.

'Apabila dia ditimpa kesusahan, dia gelisah'.
Bila kita ada masalah, mulalah tak boleh tidur, stress, lagi berat siap jumpa bomoh. Dia tak tahu bomoh tu pun ada masalah.

Ada satu pandangan dari seorang ulama tasawuf yang masyhur, Imbu 'Atha'illah As-Sakandari, disebut di dalam hikmahnya - Di antara tanda-tanda Allah mengkehendaki keberadaan engkau di situ
Maksudnya: Kena dengan apa yang kita buat, menunjukkan itu tepat walaupun kita rasa gelisah, kita rasa tak sedap hati. 'Sekiranya tanda itu apabila engkau berada di tempat itu, engkau dapat menyempurnakan semua yang sepatutnya engkau sempurnakan'.

Sebagai contoh:
Kita bekerja di sini, suami bekerja di sana. Maka disebut - nak tahu betul, tepat atau tidak ini tengok bagaimana:
  • Kalau dalam konteks orang Islam, walau kau berjauhan, soal tuntutan agama itu dapat kita buat (soal solat, apa sajalah tuntutan agama) menunjukkan kedudukan kita di situ baik. Boleh rujuk Kitab Al-Hikam: Jilid 3 (Hikmah Ulama Ibnu 'Atha'illah As-Sakandari).
  • Pekerjaan kita, dapat disempurnakan. Kerja elok boleh perform walaupun mungkin kita gelisah sebab suami kita jauh, anak-anak kita urus sendiri.
  • Pada masa yang sama, kita dapat menyempurnakan hak-hak anak, mak ayah kita; ertinya itu memang masalah kepada kita tetapi kegelisahan itu tetapi memberi makna kepada kita apa hang kita buat itu tepat. - sebab kadang-kadang kita rasa 'saya mesti dekat'. Rupa-rupanya dalam tempoh kita nak dekat itu bukan 'the right time', bila dekat je bergaduh sahaja.

Mengikut ulama-ulama tasawuf:
Sekiranya orang ini dah ok tapi dia nak tukar juga (nak keluar dari keadaan itu), dia dianggap tidak beradab dengan Allah s.w.t. Ini sebagai panduan untuk kita. Ini bukan sebagai hukum tapi menurut pandangan tasawuf. - sebenarnya kita tak patut gelisah pun.

Apabila dia dapat kebaikan, dia mula bakhil. Dia dapat kesenangan, dia rasa semua dia punya, mula rasa tamak. Kedekut ini bukan sahaja kedekut nak bagi dalam memberi tapi kedekut dia rasa seolah dia dapat semua, seolah dia yang paling bagus.

Itulah Tajuk kita: KAU FIKIR KAU SIAPA.

Ok bersambung..
Nanti aku kongsikan di entry akan datang. Nak rehat sekejap, makin menjadi-jadi batukku ini.


Update di SINI..

#RemajaPurba: #TenangtenangJe..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...