Followers Remaja Purba

Tuesday, January 9, 2024

Program Keselamatan Dalam Komuniti (18112023)


Alhamdulillah.. siap juga entry ini walau mengambil masa setahun lamanya.. 😆

Tarikh: 18 November 2023 - Sabtu
Masa: 8am - 2 pm
Tajuk: Program Keselamatan Dalam Komuniti
Tujuan: Meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti.
Kerjasama: Polis DiRaja Malaysia (PDRM), BOMBA, Majlis Perbandaran di sini dan wakil Adun di sini.

Ini di taman perumahan mySIL.
Sesi di taman perumahan aku dulu, aku tak dapat join.

Sesi beramah-mesra ini diadakan di dalam keadaan santai dan penerangan yang diberikan ringkas dan mudah difahami oleh kami terutama kanak-kanak.

Perangis Aedes habis-habisan.

Nyamuk Aedes Albopictus


Tempat-tempat pembiakan Nyamuk Aedes di dalam rumah seperti:
Di dalam tangki air, takungan air, pam tandas, pasu bunga, tempahan dan kolah air.



Tanda-tanda yang dikesan seperti:
Sakit dalam bebola mata, sakit-sakit tulang dan pinggang, demam kuat yang mengejut, berdarah pada gusi, hidung dan di bawah kulit.


Selain dari sesi penerangan berkenaan penyakit bawaan nyamuk Aedes, pihak polis pula memperkenalkan Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang mana sistem ini merupakan satu inisiatif baru PDRM dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis. Melalui sistem ini masyarakat boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

Panduan Pendaftaran Ahli Baru VSP dengan cara memuat naik Aplikasi VSP dan seterusnya boleh ikut langkah-langkah yang diberikan seperti di bawah:



Maklumat dari SINI..

Aplikasi ini turut sesuai buat mereka yang ingin meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama. Kita boleh isi maklumat di dalam sistem tersebut sebagai pemakluman kepada pihak polis bagi membolehkan pihak polis memantau sekitar kawasan perumahan. (Ini boleh cuba untuk Aidilfitri nanti).

Sesi Dialog bersama PDRM:

Sekiranya berlaku kes kecurian/mencurigakan, apakah langkah yang tepat terhadap suspek sementara menunggu kehadiran pihak polis?
Kita boleh guna kekerasan seminimum yang mungkin yang tidak mendatangkan kecederaan kepada suspek.

Apakah nasihat terbaik kepada mereka yang tiada lesen memandu dan membawa kenderaan?
Selagi namanya 'jalan' sudah semestinya wajib memiliki lesen memanda yang mana had umur 16 tahun (bagi pengguna motor) dan 18 tahun (bagi pengguna kereta). Juga ibubapa/penjaga akan turut dikenakan tindakan saman kerana membenarkan anak-anak di bawah umur membawa kenderaan tanpa lesen.


Sementara sesi bersama pihak PDRM diteruskan, aku bergegas menghantar myAnakFruit Arissa untuk kembali ke kolej kediaman di luar negeri. Alhamdulillah, urusan dipermudahkanNYA.

Sekembali aku dari menghantar myAnakFruit, ku lihat aktiviti bersama BOMBA sedang dijalankan.




Contoh kejadian di SINI..


Berlaku kebakaran pada tong gas:
Ambil kain tebal kemudian celupkan dalam air dan tutup sepenuhnya di bahagian atas tong gas dan api akan padam sepenuhnya.

Cara-cara memadam api.




Teruja dan tentu, bukan selalu dapat pegang, usik, belek jentera BOMBA.
Walau teruja tapi mampu tengok dari bawah je.
Kalau aku naik, kena panggil abang Bomba selamatkan aku.. 😆😆

Bersama dak Kakak dan myAnakFruits.


#RemajaPurba: -The End-

2 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...