Followers Remaja Purba

Saturday, January 20, 2024

Kongsi Petua Awet Muda


'Azam Tahun Baru 2023'.
Setiap tahun pasti nak berazam tapi tak pernahnya jadi dan ini memang lumrah manusia.

Seperti kata Ustaz Harryanto Rizal Rokman:
Allah jadikan kehidupan kita ini bergerak, tidak statik. Paling ketara dahulu muda, sekarang.. (orang perempuan dia tak mahu sebut dia tua) 'sekarang tak berapa mudalah'. Orang lelaki mana ada sebut awet muda, orang perempuan je PETUA (Petunjuk Orang-orang Tua).. 😆

Kehidupan kita ini berubah. Dulu muda, sekarang tua. Dulu kita kuat, sekarang lemah. Kita kalau tak nak berubah, akan tetap diubah. Berubah pun berubah, tak nak berubah pun berubah.

Sebagai contoh:
Kita makan dari dulu sampai kesudah tak tentu hala. Tak nak berubah, tetap akan diubah. Tengok orang tua kita dulu kaki makan.
'Abah, sate boleh?' 
'Tak bolehlah, nak gigit gigi takde'.
'Sup daging?'
'Payah nak kunyahlah'.
'Tek tarik?' 
'Jangan buat pasal, gula naik pagi tadi'.
'Habis?'
'Air suam jelah'.
-Inilah realiti kehidupan-

Jadi maknanya, orang yang tak nak mengakui tuntutan untuk berubah dalam hidup, sebenarnya dia tidak hidup dalam realiti.

'Ah.. saya ni ustaz, berubah-ubah ni takde, saya balun je'. Mana mahunya, berubah juga nanti.

Kita dalam hidup, kita nak berubah, makin berumur kita tak nak berubah ke arah lebih baik. Takpe.. esok Allah akan ubah kita automatik. Kita akan tinggal benda itu, tak mampu nak buat dah - pasal itu realiti kehidupan. Mana ada benda yang tetap, tidak ada benda yang statik. Tetap akan berubah juga nanti sebab ini perkara yang biasa dalam kehidupan kita.

Ini satu kita panggil macam titik untuk kita berfikir. Sekarang kita yang muda kita sihat, kita nak berubah, benda yang salah kita buat, kita terus je. Kita, umur makin berubah tapi kita rasa kita nak hidup macam dulu-dulu. Nanti satu ketika, ketika mana kalau kita sihat dan ketika itu kita sakit, ketika kita mampu kita hilang kemampuan, masa itu baru kita nak buat sesuatu, kita nak buat kebaikan, kita nak banyakkan amalan, kita baru mula nak belajar, masa itu mungkin susah. Maka, ketika itu penyesalan takde makna dah. Mana lagi? Dah terlentang, tak mampu buat apa dah.

Sebab itu, bila kita dah takde kita nak ubah.. boleh kerana tiada yang mustahil dengan kehendak Allah s.w.t tapi susah. Sebagai contoh: Masa lutut elok kita tak nak sujud tapi bila lutut dah sakit kita baru nak sujud. Boleh tapi payah sikitlah. Sengsara sampai nak terkentut rmasa sujud tu. Kita ni suka bila takde baru kita nak buat.

Sebab itu disuruh BERAZAM. Kata Nabi saw: Siapa yang Allah nak dia baik, Allah fahamkan dia agama dia.

Kita boleh faham kalau kita cenderung kepada untuk dekat dengan agama, menunjukkan Allah nak kita baik walaupun tak jadi-jadi. Orang faham ni belum tentu dia boleh buat tapi dia ada cenderung pada agama. Mudah-mudahan. Apa-apapun semua berbalik kepada kita, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi kita kefahaman. Ini masa ada, belajarlah. Sementara ada, buat apa yang boleh. Biar pendek tapi ingat.

===============
Ini satu petua untuk dikongsikan untuk kelihatan awet muda:
Amalkan pada malam Jumaat ketiga, mandi malam itu, air mandi yang terakhir, mandi dengan air kapur barus.

Sebab?
Jenazah apabila dimandikan, air mandian terakhir adalah air kapur barus supaya jenazahnya lambat rosak. Buat pada hari Khamis malam Jumaat yang ketiga setiap bulan, elakkan ketika bulan mengambang penuh. Mandi dengan syarat sebelum tua, sebab kalau dah tua makin diawet makin tua tak muda-muda.

Aku..?
Ustaz Harryanto bagitahu.. 'saya tidak diijazahkan untuk tuan-tuan mengamalkannya'. Maka.. korang janganlah serupa pembaris percaya pulak dengan petua tu.. hahaha..


Tahun lepas Ustaz Harryanto Rizal Rokman dijemput hadir ke tempat kerja menyampaikan ceramah bertajuk KAU FIKIR KAU SIAPA? - Semuanya ada di SINI..

#RemajaPurba: Sort and sweet.

2 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...