Dengan lafaz بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ kita bertemu lagi di sini.
2 Januari 2024 - Selasa
Hari pertama sesi persekolahan bagi tahun ini, Alhamdulillah.. anak-anak tak meragam. Jangan ingat anak MakBudak dah besar tak meragam. Bila deme meragam rasa nak bertukar jadi naga.. tepuk dahi, picit kepala dibuatnya.
Aku..?
Sejak Disember 2023 lepas, aku dan myBoss bergilir-gilir bawa kereta ke tempat kerja. myBoss aku ni lagi suka bila aku ajak beliau untuk pergi kerja bersama kerana 'saya penat nak drive sekarang, sesekali tak memandu ni, rasa lega, badan pun tak penat sangat bila balik rumah'. Aku pula sedang membiasakan diri untuk jadi co-pilot bila turn myBoss yang memandu.
Ini semua berlaku kerana kak Zainon yang pergi bersama dengan aku sebelum ini sedang bercuti bagi menghabiskan cuti rehat sedia ada sebelum berpencen wajib pada 15 Januari 2024 ini. Kisah beliau ada aku simpan di SINI..
Maka.. episod bersama myBoss kini bermula dan InsyaAllah akan berterusan selagi myBoss tak pindah.
Memasuki tahun 2024 ini, satu pesanan dari myBoss:
'Kita pun dah masuk tahun 2024, sekarang ni kita tenang-tenang je, buat kerja tenang-tenang je. Tak payah nak melawan cakap boss, kita ikut je arahan. Kita buat je kerja kita, tak perlu ambil tahu hal yang bukan kerja kita. Dalam usia kita macam ni, kita kena tenang-tenang je. Boss kita tu nampak je macam tu tapi dia memerhati. Jangan buat benda yang boleh buat dia berdendam dengan kita'.
#RemajaPurba: ...
No comments:
Post a Comment