6 Disember 2023 - Rabu
Kenyataan yang aku kena hadapi bahawa kakak yang setiap hari pergi dan balik kerja bersama akan bersara wajib pada Januari 2024 nanti. Hari ini merupakan hari terakhir beliau bekerja sebelum menghabiskan baki cuti rehat sedia ada. Tiada lagi kawan, kakak dan ibu menemani aku berulang-alik dari tempat kerja.
Buatmu kak Zainon.
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi aku..
Terima kasih kerana sabar melayani kerenah aku..
Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi nasihat kepada aku.
Terima kasih di atas segalanya.
Halalkan semuanya..
Moga rutin harian kak Zai dipermudahkanNYA.
#RemajaPurba: Belum kuat untuk mencipta entry khas buatmu..
Selamat bersara kak zainon
ReplyDeletesukar untuk jumpa sahabat yg susah senang bersama kan...
ReplyDeleteSelamat bersara Kak Zainon. Moga ukhuwah kalian kekal selamanya.
ReplyDeleteSemoga akak jumpa geng baru...aamin
ReplyDelete