DAY 73 (29 Mei 2020 - Jumaat)
Hari keenam Syawal
Pagi:
Masih terasa lesu dek kejadian semalam di SINI.. Hujan pulak tu..ð§ð§ð§ lagi menambah rasa nak tarik selimut lebih lama.. ð tetapi lontong dan bihun goreng memanggil-manggil aku di dapur pulak.. ðĪ
Petang:
Anak-anak nak makan paru goreng berlada. En. Hubby pulak nak makan rendang kerang. Memandangkan semua bahan ada di dapur, maka inilah hasilnya..
Rendang Kerang
Paru Goreng Berlada..
Resepi untuk kedua-dua menu ni, mudah je..
'Agak-agak je'
'Campak-campak je'
Nampak mudah tapi tak mudah bagi yang tak biasa. Untuk rekod, ini kali pertama aku masak rendang kerang. Sedap..? Oklah.. Ni jawapan selamat en. Hubby. Alah.. nak jaga hatilah tu.. ð
Paru goreng berlada tu pulak menu kegemaran seisi rumah. Bila guna resepi main 'agak-agak' 'campak-campak', ada masa pedas, ada masa tak pedas, ada masa.. Haa.. Jangan berani kata tak sedap, makan je..ðĪŠ
Malam:
Berehat bersama anak-anak.
Cukup masa, semua kena tidur.
#KisahKita: ...
Samalah jenis masak.xder ukuran resepi..campak2 sahaja
ReplyDeleteMemang nampak sedap
ReplyDeleteTapi paru berlado tu nampak macam pedas aje.