Followers Remaja Purba

Thursday, May 14, 2020

Hari pertama bertugas sejak PKP dilaksanakan


DAY 58 (14 Mei 2020 - Khamis)
Hari kedua puluh satu Ramadan

Hari pertama aku kembali bertugas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Rasa berdebar-debar pula nak ke tempat kerja apatah lagi nak memandu kereta.

Alhamdulillah.. selamat tiba di tempat kerja 60 km nun jauhnya. Perkara pertama, aku lalui sama kena lalui SOP yang ditetapkan sebelum dibenarkan masuk.

Perkara pertama:
Aku boleh tak ingat kata laluan komputer aku 🤦‍♀ terdiam sekejap di tempat dudukku.

Perkara kedua:
Tiba-tiba aku tak tahu nak mulakan kerja dari mana. Kiri, kanan atau di depan?

Perkara ketiga:
Hanya lima jam masa diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan yang ada 😅

Perkara keempat:
Perlahan-lahan aku cuba dapatkan rentak kerja yang tertinggal lama. Social distance jugak dibuat tapi terlebih jarak disebabkan setiap unit hanya beberapa orang yang boleh hadir bertugas pada setiap hari.

Perkara kelima:
Tak menang tangan dibuatnya, terasa seperti memasuki pertandingan siapa yang pertama dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Lima jam beb, lima jam.. Apa je yang kau boleh lakukan dengan kerja hampir dua bulan tidak bertugas secara normal.

Perkara keenam:
Cukup lima jam aku kena balik. Esok jelah aku sambung, itupun kena dapatkan kebenaran pengarah untuk hadir bertugas kerana esok bukan giliran aku kemudian terus balik.

Perkara kelapan:
Pertama kali aku mengajak en. Hubby membeli barang-barang keperluan. Bukan nak sangat pun tapi teringin. Maafkanlah andai ada yang tak selesa. Kami pun takde gedik nak berjalan berpegangan tangan sambil tolak troli. Ambil barang ikut senarai yang aku perlukan.

Perkara terakhir:
Letih tak terkata. Antibodi badan terkejut agaknya dengan kerahan tenaga dari aku. Lesu badan hinggakan anak-anak pun tak kacau aku seperti biasa 😔

Esok jelah sambung. Tak larat dah nak update apa-apa. Takut tersalah kata pula nanti. Good night everyone.

#KisahKita: ...

3 comments:

  1. Penangan pkp betul ni sampai password pun boleh tak ingat. Adoii hahaha mesti haru sekejap tu. Btw kita pun sama juga 5 jam je tempoh berada di pejabat. Lepas tu kena balik dah..Tapi mungkin dah biasa kena masuk kerja dari awal-awal pkp lagi. Tak terasa sangatlah kot sekarang ni hehe..

    ReplyDelete
  2. kerja 5 jam je ke kak? bestnya... dana kene kerja 7 jam masuk kul8 balik kul 3...
    nasibla dana punya pw pc senang heheheh, ni dah masuk minggu kedua kerja di pejabat dah ni

    ReplyDelete
  3. selamat kembali bekerja ..mujur masih ingat jalan ke office :-)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...