Followers Remaja Purba

Thursday, May 28, 2020

Kisah di Kedai Tayar


DAY 72 (28 Mei 2020 - Khamis)
Hari kelima Syawal

Pagi:
Aku kerja hingga ke tengahari.

Petang:
Membawa kereta ke kedai tayar untuk menukar 'stoking' kereta. Berstoking barulah kau ye cikPutih. Untuk 'kasut' kita tukar kemudian, mana yang lebih penting harus diutamakan.

Situasi di kedai kereta:
Tadi abang cakap tuan punya kereta tu cerewet, sekarang ni tengok.. Siapa lagi cerewet?  Abang memang tak cerewet tapi kereta abang ni yang lagi cerewet tau.. 🥴.. Itulah kata orang lain lagi, kan dah kena. Orang kampung cakap apa.. 'what you give, you get back' 'DIA bayar cash.

Ini gara-gara terdapat masalah pada stoking cikPutih, hingga tiga kali buka + pasang kembali ia. Pelanggan terakhir di kedai tersebut adalah kami 😩.. Sudahlah hanya sekeping roti dan sepapan coklat aku makan pagi tadi; ini hampir lesu + penat dan lapar waktu aku menunggu.

Berkali-kali mereka meminta maaf disebabkan kesilapan yang berlaku + buat kami lama menunggu.

'Kalau ada masalah nanti, datang semula di sini, kami betulkan balik tanpa apa-apa bayaran'.

Selingan:
Bersantai di bawah pokok sambil menunggu giliran.

Aku suka tengok uncle ni, pakai selipar Jepun je. Fasih berbahasa Melayu pula tu dan yang aku perasan, dia banyak menonton/mendengar berita dalam bahasa Melayu.


Malam:
Menyediakan makan malam buat anak-anak. Dak Nuha sampai tertidur kelaparan menunggu kami balik, kesiannya dia. Ingatkan sekadar sejam dua tapi sampai kedai nak tutup baru selesai urusan kami.. 😣

Lewat Malam:
En. Hubby angkat tangan, letih ya amat katanya. Aku..? Dah tahap menggigil keletihan tapi dengan bantuan dak kakak selesai juga mengemas di dapur sebelum tidur.

#KisahKita: Terima kasih Ya!Allah..

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Semalam kami pun ke bengkel habis RM2 ribu baiki kereta. Tukar banyak barang sebab kereta ni dah lama, so banyak part nak kena tukar. Alhamdulillah kereta lama kami ni jarang rosak melainkan. enjin semua masih ok. ekon sejuk.

    ReplyDelete
  2. Ada jgk bhg kereta nak kena tukar tp kena rentas negeri maka bertahan la dulu. Taqobbalallahu minna waminkum. Salam Aidil Fitri n Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...