DAY 56 (12 Mei 2020 - Selasa)
Hari kesembilan belas Ramadan
Pagi tadi aku terlajak sahur 🤦♀🤦♀🤦♀ Pukul enam pagi baru tersedar. Maaflah ye anak-anak, ibu tak sengaja.
Sudahnya seharian anak-anak nampak kurang cergas, ditambah dengan membantu Babah deme membersihkan ruang hadapan rumah. Mintak tolong nampak sendu je tapi bila dapat main, cergas semacam jadinya.
Petang tadi, semakin menghampiri wakru berbuka puasa, nampak keterujaan di wajak masing-masing.
Adakah kerana menu..
Nasi putih + sup bakso
Mee goreng purba
Ayam goreng
Rendang ayam semalam
Air sirap limau dan air cincau
-tiada gambar-
Tetapi keterujaan mereka lebih kepada lapar sebenarnya bukan dek kerana menu aku tu.. 🤪
Apa yang pasti tiada satu menu pun dibeli dari bazaar Ramadan. Tak berani nak ambil risiko. Cukuplah apa yang ada, janji kenyang sampai sahur nanti.
#KisahKita: ...
Alarm tak bunyi ke ko sambung tido lps ttp alarm kak... dana dulu2 pnh gak gitu, kalau dh bunyi alarm kata tido kejap mmg jwbnya subuhla br sedar
ReplyDeleteun pula paling lewat 540 pagi. kejar anak2 makan macam orang gila.. hahaha kesian depa kecil-kecil algi.. syukur dapat jamah juga sikit ambil berkat..gitulah kita mak-mak ni, kadang risau nak tidur takut tak terjaga daripada lena.
ReplyDeleteterlajak sahur tu mcm x boleh kawal...setiap kali ramadhan sekurang kurang sehari mesti terlajak.
ReplyDelete