Followers Remaja Purba

Friday, May 22, 2020

Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan


DAY 66 (22 Mei 2020 - Jumaat)
Hari kedua puluh sembilan Ramadan

Pagi:
Pukul enam pagi, orang dah ramai beratur untuk masuk ke dalam pasar borong.

'Wah.. Abang, ramainya orang beratur. Kita nak beratur juga ke?'
'Kalau nak beli bahan basah pergilah beratur, abang nak ke tempat lain'.

En. Hubby hanya mencari bahan untuk rendang dan daun pisang hutan untuk lemang termasuk santan.

Santan pulak en. Hubby beli 25kg. Nah!Ambik.. 😱 berat yang bukan sedikit. Alhamdulillah, pembantu kedai santan tu sanggup menghantar ke kereta kami.

Tengahari hingga ke malam:
En. Hubby sibuk dengan membakar lemang mengikut tempahan yang diterima sebelum ini.

Malam:
Adik aku singgah di rumah. Sebelumnya dia ada urusan di pekan berhampiran, Aku ajak berbuka puasa di rumah. Macam-macamlah yang kami borakkan.

La ni, tengah malam:
Kepenatan teramat, walau tidak seteruk dak Kakak yang banyak membantu. Esok tak tahulah keadaan masing-masing.

#KisahKita: umaat terakhir dalam bulan Ramadan.

2 comments:

  1. Esok dah hari raya..selamat hari raya kepada tuan blog

    ReplyDelete
  2. Oh! Berat santan 25 kg memang berat tu. Untuk tempahan lemang rupanya. Patutlah banyak beli santan.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...