Bekerja di bawah satu bangunan dengan pelbagai ragam sesama kita, adakala membawa kesan ke atas diri kita. Untuk mengelakkan dari perkara negatif muncul dalam diri, sebaiknya eloklah empat perkara ini kita buat bila bekerja iaitu:
MOMENTUM AWAL KETIKA BEKERJA
Jangan leka: Masuk kerja terus buat kerja.
Ini tidak.. kadang-kadang masuk ontime tapi dok fikir nak buat apa.
KENA ADA KOMITMEN
Walau apapun tugas kita, jangan anggap tugas kita tak penting, walau tugas itu hanya pekerja biasa tapi boss akan jadi susah bila anak buah takde, cari fail tak jumpa, habis berterabur. Boss takde takpe lagi, keadaan paling senang dalam hidup kita. Kita lega tapi sebenarnya apapun tak boleh buat.
- Orang yang kontraknya bersambung-sambung tak habis-habis. (Bersangka baik dia masih boleh bekerja dan khidmatnya diperlukan).
- Kejap-kejap kena transfer. Pangkat/Gred tak naik tapi kena transfer. (Bersangka baik - kerap kena transfer ke pelbagai department supaya bila naik pangkat nanti dah tahu semua kerja).
- Baru kerja dah naik pangkat. Jangan kita marah/dengki/sabotaj sebaliknya Alhamdulillah dia dapat.
Kalau kita tak seronok kita kena soal balik hati kita kerana penyakit hati kita dah teruk. Orang naik pangkat sebab baik tapi kita jadi tak suka kenapa?
Kita dah mempersoalkan apa yang Allah dan tentukan kepada orang lain.
Komitmen ni kita kena buat yang terbaik walau kerja kita biasa je. Jangan berkira pasal kerja.
BELAJAR DAN MENGAJAR
Apa yang kita tak tahu kita belajarlah. Mana yang kita tahu kita ajar kawan yang lain. Jangan ingat kita belajar tinggi-tinggi, kita nak ego dengan orang lain.
Jangan ego.
Tak faham tanya - jangan berlagak.
Cara fikir nak kena ubah. Jangan ingat pangkat tinggi kita betul semua. Kita boleh bertanya pada orang bawah kalau tak faham. Tak kira siapa kita - belajarlah kalau tak tahu.
KOMUNIKASI
Kalau malu bertanya sesat jalan.
Dalam hati jangan bersangka buruk. Zaman sekarang ni orang boleh bersangka buruk dengan orang lain walau tak kenal orang tu. Boss ni kadang-kadang dia marah atas dasar kerja bukan hal berkaitan peribadi. Orang lain jangan nak membakar keadaan.
Hidup ni..
Kadang-kadang kita tak suka dengan sesuatu tapi itulah yang terbaik buat kita. Kita tak nak tapi rupa-rupanya itulah yang terbaik.
StatusHati: Boss NOT always right.. 🙃
inshaallah
ReplyDeleteKerja perlu gembira sebab kita banyak habiskan masa seharian di tempat kerja. setuju dengan post ini, kita kena sangka baik dan positif je.
ReplyDeletePernah jumpa yang ada kat ofis masa nak punch card jer. Rajin dia kerja luar. Hehe...
ReplyDeletethe boss is not alwas right
ReplyDeletebut the boss is always the boss..
hahaha