Selesai sudah kemeriahan Hari Keluarga tempat kerja #MakBudak di Felda Residence Hot Spring, Sg. Klah, Sungkai, Perak. Kisah Family Day #MakBudak di SINI..
Terima Kasih
Panjang umur kami mai lagi..
Ini Lembu ye anak-anak..
Nasi Bamboo Sungai Klah
Nak mai makan sini entah bila.. dan bila ada peluang, takkan nak lepaskan peluang yang ada kan. TAPI.. hanya mampu drive thru je di Nasi Bamboo Sungai Klah ni. Alahai.. punya ramai orang; tapi bukan itu penyebabnya sebaliknya dak Nuha adalah penyebab utama. Dia meragam kerana keletihan. Alahai.. hampa hati Mak Budak nak merasa apa yang sedap di situ.
Dalam masa yang sama, sempat kami cuci kereta di kawasan berdekatan. Haa.. amik. Gara-gara chefHubby terlanggar tahi lembu, habis body kereta comot. Ini kali pertama kami cuci kereta di luar radar. Masa ni ragam dak Nuha usah cakaplah. Kalau boleh dekat atas lantai kedai tu dia nak baring sebab letih nak tidur.
Tiap kali lalu di sini pasti kuabadikan sekeping gambar..
Perjalanan balik diteruskan..
Dak Nuha lena di seat belakang, manakala dak Kakak dengan dak Adik menemani aku menyanyi sepanjang perjalanan. Kes nak hilangkan rasa mengantuklah. Alah.. lagu pun lagu anak-anak.. dorang select then nyanyi bersama.
Sejenis kapal berwarna biru di suatu tempat..
Ketika dalam perjalanan balik, ada pula gangguan mengenai hal teknikal di tempat kerja. Rasa seronok terganggu sekejap. Alahai.. sabarlah mesin. Tuan empunya masih bercuti rehat lagi.
Bila bercuti diganggu sebegini yang den lomah ni..
Akhirnya percutian pada hujung minggu lepas selamat tiba ke destinasi.. Alhamdulillah..
StatusHati: Menghampiri Ramadhan..
Nasi Bamboo Sungai Klah...semua menunya sedap....sebab PC dan En Suami dah makan di situ...
ReplyDeletelamanya xg sungkai..huhu
ReplyDeleteKesian Nuha letih ya....
ReplyDeletex makan situ ke?
ReplyDeletewajib cuba nanti tau.
ok la. menu nyer lain dr yg lain.
sedap. ni dah takde gst, maybe dah murah la skit.