Followers Remaja Purba

Tuesday, May 1, 2018

Selamat Hari BURUH


Dulu...
Lama dulu.. ketika zaman aku #BudakPurba..
Pada pemikiran aku.. 'Selamat Hari BURUH' ni hanya untuk mereka yang kerja sebagai buruh - buruh kasar di tapak pembinaan tu. Kira rasa macam dihargailah sebab mereka diberi cuti khas sebab word BURUH tu..


Kemudian..
Bila aku dah meningkat ke usia #RemajaPurba..
Barulah aku tahu serba sedikit kisah disebaliknya. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan Am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972. Sedikit info di SINI.. nak detail boleh tanya pada en. Google..


Sumber en. Google


La ni..
Bila dah bertambah status menjadi #MakBudak ni, Hari BURUH adalah hari cuti yang dinantikan bukan setakat aku tapi anak-anak. Anak-anak dapat bermanja bermesra lebih dari hari biasa. Dahlah hari biasa waktu bersama anak-anak terhad, ni bila ada peluang buat apa nak disia-siakan. Aku..? Tak merasalah sebab #ChefHubby kerja hari ni..


StatusHati: Masih belum sembuh dari batuk..


1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...