Followers Remaja Purba

Tuesday, October 30, 2012

Rentetan peristiwa Aidiladha 2012..


Jumaat - Aidiladha 2012
  • Selepas selesai urusan 'my new baby' belum ada nama tu, aku tak bercadang nak buat persiapan raya ---> memandangkan pinggang aku semakin berdenyut-denyut sakitnya..
  • Sambutan raya tahun ni bukan hambar tapi pergerakan aku jadi terbatas, tak boleh nak agresif macam biasa..
  • Pagi raya di rumah MIL..
  • Petang raya di rumah mak aku ---> mak sempat urutkan pinggang aku..
  • Malam ---> zzzzz.. semua kepenatan..



Sabtu - Aidiladha 2012
  • Hubby berkebun kat belakang rumah, pindahkan pokok-pokok cili yang semakin membesar kat tanah sekangkang gajah tu ---> gambar lupa nak amik..
  • Petang.. makan sup gear box kat rumah jiran.. marvellous.. dalam sakit-sakit tu habis aku makan..
  • Malam.. makan ikan bakar kat lorong 4 TDBi.. paling tak tahan.. satu taman tahu aku sakit pinggang ---> habis hubby dok kena sakat dengan dorang..
  • Lepas tu.. ronda-ronda, pusing-pusing, jalan-jalan sekitar Shah Alam..

Tiba-tiba dak Kakak tanya..

K: 'Ibu.. kat bank cuma ada kereta ni je ke..?'
A: Kenapa pulak kakak tanya cenggitu..
K: Yelah.. nanti ibu kena pulangkan kereta ni balik kat bank kan..?

Huhuhu.. oh! Anakku..

Padan muka aku.. main-mainkan lagi dak Kakak.. sebab masa 'my new baby' tu sampai kat rumah dak Kakak ada tanya
'Ibu beli ke..?' Aku bagitau 'Taklah.. ibu pinjam kat bank, nanti nak kena pulangkan balik..'



Ahad - Aidiladha 2012
  • Pagi.. ke pasar pagi Shah Alam.. dalam sakit tu masih larat lagi nak berjalan..
  • Tengahari.. makan sup kepala lembu pulak kat pondok depan rumah..
  • Marvellous.. makan lagi.. kenyang lagi.. habislah diet aku..
  • Sudahnya.. sampai ke pagi Isnin aku cirit-birit sebab banyak sangat makan daging lembu + vitagen.. best kan.. 
  • Malam.. k.ana jiran lorong satu datang urut pinggang dan pergelangan tangan aku.. (syukur sehingga entry ni dipublish, rasa sakit agak berkurangan)



psstt: Itulah sebahagian rentetan peristiwa sepanjang Aidiladha 2012 kali ni..

last psstt: SEMUA GAMBAR berkaitan akan diupload kemudian gara-gara EHD aku tertinggal kat rumah..





13 comments:

  1. Kakak rasa menu selepas korban banyak menjurus pada sup. Berpeluh makan kan:)

    Kalau ke hospital apa doktor kata tentang sakit pinggang ai tu. Bimbang juga sebab dah lama kan..

    ReplyDelete
  2. Cuti kakcik pun penuh dengan aktiviti - termasuk aktiviti tidur dan makan. :)

    ReplyDelete
  3. Aduhai, betul-betul ingatkan baby tu anak. Rupanya kereta. Hehe mesti seronok dapat kereta baru kan...

    ReplyDelete
  4. Wow! Seronok betul aktiviti raya awak. Klu sy, suke la mcm nie...

    ReplyDelete
  5. anak2 skang cukup pintar kan!

    ReplyDelete
  6. waaaaa dah ada kuda baru keeee....hehehehehe..sakat lagi dak kakak kan :)


    masa rya, g umah2 sedara semuanya menu sup...adoi smp rasa xleh tln sup dah...

    ReplyDelete
  7. sy tak berpaa suka daging. skt gigi

    ReplyDelete
  8. sana sini mkn sesaja... musim raya korban ni.. menu mmg mana2 daging dan sup... smp sakit kepala dibuatnya akibat byk mkn daging.. ;)

    p/s: wah.. ada car baru lah.. nk g skodeng la...

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum.

    Akak..macamana ni, makan je ha..hahahaha

    Aiyoo, lama sudah saya tak jenguk mak purba tapi maintain muda. Perghh, ayat, harap tak sakit pinggang balik pas bca ayt tu,hahaha.

    Harap akak skuarga sihat ya? Kira meriah juga akak beraya.

    Saya lagi hebat. Hari raya, pergi Alamanda, Giant, Mydin.. (-_-)

    ReplyDelete
  10. memang detail betul summary sepanjang raye ari tu.. dak kakak kne kan balik ibu die kan.. huu

    ReplyDelete
  11. boleh jadi secretary neyh.. detail btul dia summarize benda2 yg tjadi .. hoho

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...