Followers Remaja Purba

Saturday, October 6, 2012

onyomark getsetgo..



Sejak hadirnya dak Nuha ni, takde chance dah nak bangun lewat sikit dari biasa.. Perkembangan dak Nuha berbeza setiap bulan..

Kalau bulan lepas aku boleh tidur dalam jangka masa yang lama, la ni tak dapat dah.. Kena bangun tetengah malam time orang lain syok tidur.. Rasa liat je tapi high note dak Nuha tak tahan mendengarnya.. Babah dia yang jenis tidur tak sedar diri pun boleh terjaga..

Sementara dak Nuha sambung tidur balik, aku layan lappy sambil mata dok ralit tengok novel sebelah lappy ni.. Hati meronta-ronta nak baca.. Okey.. aku tipu.. yang sebenarnya aku tunggu hari nak siang, nak hantar dak Kakak pergi kelas Iqraq kat sekolah..


Rutin hari ni..
  • Uruskan dak Kakak pergi dan balik ke sekolah pagi ni
  • Setengah hari dak Kakak takde, aman sikit rumah.. kalau tak, macam Tom and Jerry dia dengan dak Adik..
  • dak Nuha macam biasalah.. meneroka ruang tamu rumah..
  • Hubby yelek.. outstation.. malam nanti baru boleh gedik manja..


psstt: Dah lama tak pergi pasar malam kat Puncak Alam.. rindu dengan jagung bakar kat sana.. gebu-gebu.. pasar malam kat rumah aku tak best sebab jagung dia tak mampu nak goda mata aku..


5 comments:

Kakzakie said...

Masa kecik macam tom and jerry bila besar dah macam belangkas... tungulah ai kakak dah alamai semua.

Masuk umur belas-belas senyaaap aje tahu-tahu ketawa mereka berderai.

bukankosong said...

tulah cabaran jd mak ye

Ceni said...

Lama jugak akak tak singgah sini... lain benar dah rumah Mas neh... nampak sgt akak tak emek tau perkembgan... masa tak mengizinkan...

pha is said...

jagung bakar pon lain2 taste..? hehehe

kay_are said...

tak pernah lagi jejak puncak alam.. so memang taktau pun ade pasar malam kat situ..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...