Followers Remaja Purba

Sunday, July 13, 2025

KITA SAMA-SAMA DOAKAN..


13 Julai 2025 - Ahad (17 Muharram 1447H)

Hujung minggu yang menenangkan..
Ada masanya dalam hidup ini kita terlalu sibuk merancang — nak semuanya jadi sempurna tapi tak semua benda perlukan perancangan. Kadang.. yang tumbuh sendiri itulah yang paling memberi makna. Macam pokok cili yang muncul sendiri di dalam pasu di tepi pagar — tetap hidup, tetap berbunga dan sedang berbuah cantik.

Alhamdulillah..
Pokok cili sangat sensitif,.
Tak kena gaya boleh mati di tangan aku sebab tak dijaga sempurna.


Semalam dan hari ini, aku menguruskan dak Adik yang sedang mengambil kelas memandu — satu fasa baru yang buat aku tersenyum sendiri sebab dahulu mak aku daftarkan aje, selebihnya aku uruskan sendiri. Ini pakej menjadi pemandu, aku dahulu naik bas turun bas untuk ke kelas memandu. Dak Kakak kata aku ni 'overprotected'. 'Ibu cuma hantar dan ambil je, selain dari itu pandai-pandailah dia, yang ibu tahu dia mesti lulus. Kita sama-sama doakan ye..'.

Hari ini… aku harap masa bergerak perlahan. Tak nak cepat habis. Esok dah mula kerja semula dan rasa macam belum puas berehat pun. Tiga hari cuti, tapi tak ke mana pun — cuma di rumah, tapi entah kenapa tetap rasa sekejap sangat. Mungkin sebab hati ni masih mahu diam, masih mahu bersandar tanpa perlu kejar apa-apa.

@RemajaPurba: ..

2 comments:

  1. Cantik dan subur pokok cili tu...kadang dibelai takdelah nak subur gitu tapi jika dibiar elok pulak tumbuhnya ...
    All the best utk Adik

    ReplyDelete
  2. Semoga dak adik lulus ujian memandu

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...