Followers Remaja Purba

Thursday, October 2, 2025

BULAN BARU - CERITA BARU


02 Oktober 2025 - Khamis (10 Rabiulakhir 1447H)

Selamat datang Oktober..
Terasa cepat betul masa berjalan, dah masuk bulan baru. Oktober pula tu.. Satu bulan yang bukan sekadar angka dalam kalendar tapi satu ruang untuk kita bercerita. Every month is a fresh start — so write your story well.

Bulan baru, semangat baru. Rasa macam diberi peluang untuk susun balik langkah, buang yang kusut dan simpan hanya yang baik-baik. Aku nak laluinya dengan tenang sambil kumpul moment kecil yang boleh buat hati rasa bahagia. Kalau ada pahit pun, biarlah pahit yang ajar aku jadi lebih kuat.

Oktober selalunya sinonim dengan perubahan — cuaca, suasana malah hati manusia juga kadang ikut berubah. Jika semalam penuh cabaran, biarlah ia jadi pengalaman. Hari ini kita mulakan dengan doa, senyuman dan harapan. Moga perubahan kali ini membawa lebih ketenangan, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan bahagia yang berpanjangan.


LIFE CAN CHANGE JUST LIKE THAT
- sumber en. Google -

@RemajaPurba: Aku penat dengan chaos bulan lepas..

Wednesday, October 1, 2025

BILA BADAN MINTA REHAT


Kadang-kadang kita rasa sihat.. tiba-tiba esoknya badan bagi signal lain pula.
Begitulah hari aku dalam minggu ini.


29 September 2025 - Isnin (07 Rabiulakhir 1447H)

Petang..
Aku dah mula rasa tak sedap badan. 'Ibu korang demam ni..' en. Hubby bila tengok keadaan aku. Rasa badan seram sejuk, macam nak demam. Waktu ni mula dah kerja rumah aku serahkan pada en. Hubby dan anak-anak. Deme hairan, dari mana aku boleh dapat sakit ni sedangkan aku tak ke mana-mana. Cuti pun cuma habiskan masa berehat di rumah, langsung tak ada outing.


30 September 2025 - Selasa (08 Rabiulakhir 1447H)

Pagi..
Bangun tidur badan rasa sakit-sakit, dah mula rasa dedor. Rasa macam antibodi pun dah season tapi tetap juga kena kerja sebab ada hal yang perlu diselesaikan. Don’t worry, aku okay.. Mungkin sebab kurang rehat + tengah stress je.


01 Oktober 2025 - Rabu (09 Rabiulakhir 1447H)

Petang..
Akhirnya mengalah jua dengan keadaan diri yang semakin tidak mengizinkan untuk aku bertugas esok. Doktor memberi kebenaran untuk aku berehat di rumah, moga tiada gangguan. Doakan semoga aku cepat sembuh dan kembali cergas macam biasa. Semoga esok lebih baik daripada hari ini, kerana bila tubuh lemah, jiwa belajar erti sabar dan doa jadi lebih indah.

@RemajaPurba: Kesihatan itu rezeki yang paling berharga.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...